Oleh Fadli al-Akiti
19 Disember 2022, 09:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
  1. PENDAHULUAN

1.1       Gagasan awal pemberian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ini tercetus hasil daripada laporan Jemaah Hakim Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1970. YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menubuhkan sebuah panel penilai dengan tugas-tugas khas pada 24 Julai 1971 untuk menilai karya-karya sastera bagi tujuan pengiktirafan. Hadiah berprestij yang diberikan pada setiap tahun ini mula dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 (1971–1976).

1.2       Pemberian Hadiah Karya Sastera terhenti pada tahun 1977 sehinggalah pada tahun 1981, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mewakili kerajaan Malaysia mengambil inisiatif meneruskan kesinambungan untuk menilai karya sastera yang telah dihasilkan. Hadiah ini dilaksanakan secara dwitahunan dan dikenali sebagai Hadiah Sastera Malaysia (1981–1995).

1.3       Hadiah Sastera Malaysia dinaik taraf dan diberikan nama baharu, iaitu Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 1996. Oleh itu, bermula tahun penilaian karya yang terbit/tersiar pada 1996/1997, nama tersebut telah dikekalkan sehingga kini, bersesuaian dengan prestijnya.

1.4       Hadiah Sastera Perdana Malaysia dilaksanakan secara tahunan bermula pada tahun penilaian 2012 setelah dicadangkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

1.5       Pada tahun 2015, dua kategori baharu diperkenalkan, iaitu Kategori B: Cerpen Remaja Eceran dan Kategori C: Buku Bergambar Kanak-kanak.

1.6       Pada tahun 2016 pula, genre esei/kritikan sastera eceran dibahagikan kepada dua, iaitu esei/kritikan sastera (separa ilmiah) dan esei/kritikan sastera (makalah ilmiah). Kategori C: Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja pula, dipecahkan kepada dua, iaitu Kategori C: Buku Sastera Kanak-kanak dan Kategori D: Buku Sastera Remaja.

  1. MATLAMAT

Hadiah Sastera Perdana Malaysia diwujudkan dengan tujuan:

2.1       Memberikan pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu.

2.2       Mengenal pasti karya-karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu.

2.3       Menggalakkan penerbit menerbitkan karya-karya sastera yang bermutu dalam bahasa Melayu.

  1. BENTUK DAN NILAI HADIAH

Hadiah yang diberikan adalah berdasarkan kategori-kategori yang berikut:

3.1       Kategori A – Buku/Kumpulan Karya Perseorangan

Hadiah diberikan kepada sebuah karya terpilih yang terbit dalam bentuk buku atau kumpulan karya perseorangan. Nilai hadiah ialah RM8000.

  1. Novel
  2. Kumpulan Cerpen
  3. Kumpulan Puisi
  4. Kumpulan Drama
  5. Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
  6. Buku Kajian Sastera
  7. Biografi/Autobiografi

3.2       Kategori B – Karya Eceran

Hadiah diberikan kepada karya sastera eceran terpilih yang diterbitkan dalam majalah, jurnal, akhbar dan buku dalam tahun penilaian. Nilai hadiah ialah RM1500.

  1. Puisi – 10 hadiah
  2. Cerpen – 10 hadiah
  3. Drama – 5 hadiah
  4. Esei/Kritikan (Separa Ilmiah) – 5 hadiah
  5. Esei/Kritikan (Makalah Ilmiah) – 5 hadiah
  6. Cerpen Eceran Remaja – 3 hadiah

3.3       Kategori C – Kesusasteraan Kanak-kanak

Hadiah diberikan kepada karya sastera terpilih berbentuk buku atau kumpulan karya untuk kanak-kanak. Nilai hadiah ialah RM3000. Karya sastera dalam kategori ini adalah seperti yang berikut:

  1. Novel Kanak-kanak
  2. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
  3. Kumpulan Puisi Kanak-kanak
  4. Kumpulan Drama Kanak-kanak
  5. Buku Bergambar Kanak-kanak

3.4       Kategori D –  Kesusasteraan Remaja

Hadiah diberikan kepada karya sastera terpilih berbentuk buku atau kumpulan karya untuk bacaan remaja. Nilai hadiah ialah RM3000. Karya sastera dalam kategori ini adalah seperti yang berikut:

  1. Novel Remaja
  2. Kumpulan Cerpen Remaja
  3. Kumpulan Puisi Remaja
  4. Kumpulan Drama Remaja

 

  1. DASAR PENILAIAN

4.1       Karya sastera yang dinilai untuk menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 ialah karya yang terbit di Malaysia dan di luar negara pada tahun 2019/2020.

4.2       Penilaian dibuat oleh ahli panel berdasarkan kriteria yang berikut:

  1. Kekuatan kesatuan organik karya.
  2. Kekuatan dan keaslian persoalan yang ditampilkan secara matang.
  3. Keseimbangan estetika bahasa dengan persoalan kemanusiaan.
  4. Keindahan moral.
  5. Inovasi dalam kreativiti.

4.3       Panel telah meneliti sejumlah besar karya sastera dalam bentuk buku dan bentuk eceran bagi tahun penilaian seperti yang berikut melalui Jadual 1:

I. Kategori A: Buku/Kumpulan Karya Perseorangan

Bil. Genre Jumlah
1. Novel 31
2. Kumpulan Cerpen 26
3. Kumpulan Puisi 49
4. Kumpulan Drama 3
5. Kumpulan Esei/Kritikan Sastera 5
6. Buku Kajian Sastera 2
7. Biografi/Autobiografi 18

II. Kategori B: Karya Eceran

Bil. Genre Jumlah
1. Cerpen 775
2. Puisi 2822
3. Drama 29
4. Esei/Kritikan (Separa Ilmiah) 215
5. Esei/Kritikan (Makalah Ilmiah) 93

III.         Kategori C: Kesusasteraan Kanak-kanak           

Bil. Genre Jumlah
1. Novel Kanak-kanak 15
2. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak 12
3. Kumpulan Puisi Kanak-kanak 41
4. Kumpulan Drama Kanak-kanak 1
5. Buku Bergambar Kanak-kanak 23

IV.         Kategori D: Kesusasteraan Remaja

Bil. Genre Jumlah
1. Novel Remaja 32
2. Kumpulan Cerpen Remaja 2
3. Kumpulan Puisi Remaja 4
4. Kumpulan Drama Remaja 1
  1. KEPUTUSAN

Hasil penelitian terhadap karya-karya tersebut, panel memperakukan bahawa karya-karya yang berikut layak menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020.

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2019/2020

KATEGORI A: (BUKU) – HADIAH BERNILAI RM8000 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG PENERBIT
NOVEL Gunung Cha

 

Mohamed Ghozali Abdul Rashid

(Malim Ghozali PK)

 

DBP, 2020
KUMPULAN CERPEN Perempuan Aneh yang Meletupkan Diri di dalam Gelas

 

Jasni Matlani

 

Iris Publishing & Distributor, 2020
KUMPULAN PUISI Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air

 

Muhammad Haji Salleh UUM Press, 2019
KUMPULAN DRAMA Neo

 

Siti Jasmina Ibrahim Nusacentre, 2020
ESEI/KRITIKAN SASTERA Angin Perubahan: Memperkasakan Sastera Melayu di Sabah

 

Jasni Matlani

 

DBP, 2019

 

KAJIAN SASTERA

TIADA PEMENANG

BIOGRAFI/

AUTOBIOGRAFI

Angin Perubahan: Memoir Jasni Matlani Jasni Matlani DBP, 2019

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2019/2020

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM1500 BAGI SETIAP PEMENANG 

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
 

CERPEN

1. “Sebutir Batu Nilam dan Musim Padi Angin yang Panjang” Zainal Rashid Ahmad

 

Mykepochi.com,
26 Julai 2020
2. “Kraken”

 

Syed Mohd Zakir Syed Othman

(S. M. Zakir)

 

Dewan Sastera,

Oktober 2019

 

3. “Tiga Cerita Tentang Bahasa”

 

Lokman Hakim

 

Dewan Bahasa,

Jun 2020

 

4. “Bintang yang Satu di Langit Dini”

 

Mawar Safei Berita Harian,

16 Jun 2019

 

5. “Perahu Tua Teras Bitanggor” Mohamed Ghozali Abdul Rashid

(Malim Ghozali PK)

 

Dewan Budaya,

April 2019

6. “Di Bawah Pohon Maple”

 

 

Amelia Hashim

 

Dewan Sastera,

April 2019

7. “Gadis Berkebaya Merah dengan Langau Van de Straat”

 

Rahimah Muda

 

Dewan Sastera,

Mei 2020

 

8. “Jiran Rumah Sebelah dan Tiga Ekor Anjing di Lorong 16”

 

Saifullizan Yahaya

 

Dewan Sastera,

Mei 2020

9. “Lelaki dan Kitab Terakhir”

 

 

Nazri Hussein

(Husna Nazri)

 

Pelita Bahasa,

Januari 2020

10. “Racau Kemacar”

 

Abang Median Abang Said

 

Utusan Borneo,

2 Mac 2020

 

 PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2019/2020

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM1 500 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
 

CERPEN REMAJA

1. “Amarah Atuk” Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop (MK Riza)

 

Dewan Siswa,

Januari 2019

2. “Dalam Jaringan”

 

 

Salina Ibrahim Dewan Siswa,

Januari 2020

3. “Mengusung Rumah”

 

Ahmad Safarman Dollah Dewan Siswa,

Mac 2020

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2019/2020

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM1500 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
PUISI 1. “Merindui Buku” Abdul Samad Muhamed Said (A. Samad Said) Dewan Masyarakat,

April 2020

 

2. “Kubiarkan Engkau Mutanabi Membawaku ke Dasarmu” Mohamed Ghozali Abdul Rashid

(Malim Ghozali PK)

 

Dewan Sastera,

Februari 2020

 

3. “Sewaktu Hujan Melebat”

 

Mohamad Saleeh Rahamad Dewan Sastera,

September 2019

4. “Satu Lompatan”

 

Raihani Mohd. Saaid

 

Dewan Sastera,

Jun 2019

 

5. “Angin yang Meletakkan Kepalanya di Bantal”

 

Jasni Matlani Dewan Sastera,

Mac 2020

 

6. “Kuarantin” Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy

(Fahd Razy)

 

Selangorkini,

16-22 April 2020

 

7. “Akibat Orang Berdosa”

 

 

Zulaikha Adam Tukang Puisi: Sebuah Rumah di Kepala,

Kata-Pilar, 2020

 

 

8. “Rumah Pertama” Qurratul ‘Ain Abdul Rahim            (Qurratul ‘Ain) Tukang Puisi: Gincu Merah Api,

Kata-Pilar, 2019

 

9. “Tubuh Kota (6)”

 

Syaheeda Hamdani Tukang Puisi: Wahyu Merah Ungu,

Kata-Pilar, 2020

 

10. “Kemarau”

 

 

Mohamad Zamri Osman                  (ZO Daulae) Tukang Puisi: Jari Jari Aneh,

Kata-Pilar, 2020

 

 PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2019/2020

KATEGORI B: ECERAN– HADIAH BERNILAI RM1500 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
ESEI/KRITIKAN SASTERA

(MAKALAH ILMIAH)

1. “Perkaitan Stail dan Perutusan Agama dengan Kebenaran Sejarah dalam Sajak-sajak Kemala”  

Halim Ali

 

 

Pemikiran SN Kemala,  DBP, 2020

2. “Pemartabatan Wanita dalam Novel Matriark dari Perspektif Feminis oleh Cheri Register” Norhayati Ab. Rahman Malay Literature,
DBP, 9 Jun 2020

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2019/2020

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM1500 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
 

ESEI/KRITIKAN SASTERA

(SEPARA ILMIAH)

1. “Futuristik Mencipta Fenomena” Syed Mohd Zakir Syed Othman

(S. M. Zakir)

 

Dewan Sastera,
Mei 2019
2. “Dewan Bahasa dan Pustaka Igauan Ngeri Meremang di Matahari Malam, Meruap di Purnama Siang” Ahmad Khamal Abdullah (Kemala) Dewan Sastera,
Julai 2019
3. “Utopia atau Distopia” Mohamad Saleeh Rahamad Dewan Sastera,

Mei 2019

 

4. “Cerpen Awal Sabda S dalam Daftar Karya Sastera Fiksyen Sains”

 

Fadli Al-Akiti Dewan Sastera,

Mei 2019

 

5. “Budaya Penulis Wanita Asia Tenggara Siti Zainon Ismail Pengarang Pascakolonial”

 

 

Awang Azman Awang Pawi Dewan Sastera,
Oktober 2019

 PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2019/2020

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM1500 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
 

DRAMA

1. “Reyok Nafas Bangsa” Rahimah Muda Dewan Sastera,

Mac 2019

 

2. “Hablur”

 

Ahmad Khamal Abdullah (Kemala)

 

Dewan Sastera,

April 2019

 

  3. “Bonda”

 

Syed Mohd Nor Tuan Long          (S. M. Noor) Dewan Sastera,

Mei 2019

 

  4. “Bangku”

 

Johan Jaaffar Dewan Sastera,

Ogos 2019

 

  5. “Dongeng Presiden”

 

Zulkamal Ismail   (Joe K.A.S) Dewan Sastera,

Januari dan Februari 2020

 

 PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2019/2020

KATEGORI C: KESUSASTERAAN KANAK-KANAK HADIAH BERNILAI RM3000 BAGI SETIAP PEMENANG   

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
NOVEL KANAK-KANAK 1. Ini Kisah Adham, Saya & Awan Shiro

 

 

Mazni Md. Ramly   (Mazny M.R)

 

The New Straits Times Press (M) Berhad, 2019
KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK 2. Ku Petik Bintang-bintang Basari Mat Yasit

 

Karyaarif Enterprise, 2020
KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK 3. Misi Mengintip Ab. Jalil Alimon UUM Press, 2020
KUMPULAN DRAMA KANAK-KANAK 4.  

TIADA PEMENANG

BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK 5. Hendak ke Mana Gagak?

 

Azalan Hussain

 

Studio Anai-anai, 2020

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2019/2020

KATEGORI D: KESUSASTERAAN REMAJA HADIAH BERNILAI RM3000 BAGI SETIAP PEMENANG 

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
NOVEL REMAJA 1. Selendang Merah Balukhali Sri Rahayu Mohd Yusop Tintarona Publications Sdn. Bhd., 2019
KUMPULAN PUISI REMAJA 2. Apabila Tingkap Dibuka

 

 

Mohd Abdullah
(Hilmi Rindu)
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, 2019
KUMPULAN CERPEN REMAJA 3.  

TIADA PEMENANG

 

 

KUMPULAN DRAMA REMAJA 4.

Baca Laporan Berkaitan |
Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 (Novel)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 (Cerpen)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 (Cerpen Remaja Eceran)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 (Puisi)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 (Drama)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 (Buku Kajian Sastera, Kumpulan Esei/Kritikan Sastera, Buku Biografi/Autobiografi dan Esei/Kritikan Sastera Eceran)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 (Kesusasteraan Kanak-kanak)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 (Kesusasteraan Remaja)

_________________________

Laporan ini disediakan oleh sekretariat Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 di bawah penyelenggaraan Bahagian Promosi dan Pengiktirafan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.