Diterbitkan pada 25 Ogos 2025, 05:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
  1. PENDAHULUAN

1.1       Gagasan awal pemberian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ini tercetus hasil daripada laporan Jemaah Hakim Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1970. YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menubuhkan sebuah panel penilai dengan tugas-tugas khas pada 24 Julai 1971 untuk menilai karya-karya sastera bagi tujuan pengiktirafan. Hadiah berprestij yang diberikan pada setiap tahun ini mula dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 (1971 – 1976).

1.2       Pemberian Hadiah Karya Sastera ini terhenti pada tahun 1977 sehinggalah pada tahun 1981, Dewan Bahasa dan Pustaka yang mewakili kerajaan Malaysia mengambil inisiatif meneruskan kesinambungan untuk menilai karya sastera yang telah dihasilkan. Hadiah ini dilaksanakan secara dwitahunan dan dikenali sebagai Hadiah Sastera Malaysia (1981 – 1995).

1.3       Hadiah Sastera Malaysia dinaik taraf dan diberikan nama baharu, iaitu Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 1996. Oleh itu, bermula tahun penilaian karya yang terbit/tersiar pada 1996/1997, nama tersebut telah dikekalkan sehingga kini bersesuaian dengan prestijnya.

1.4       Hadiah Sastera Perdana Malaysia dilaksanakan secara tahunan bermula pada tahun penilaian 2012 setelah dicadangkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

1.5       Pada tahun 2015, dua kategori baharu diperkenalkan, iaitu Kategori B: Cerpen Remaja Eceran dan Kategori C: Buku Bergambar Kanak-kanak.

1.6       Pada tahun 2016 pula, genre esei/kritikan sastera eceran dibahagikan kepada dua, iaitu esei/kritikan sastera (separa ilmiah) dan esei/kritikan sastera (makalah ilmiah). Kategori C: Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja dipecahkan kepada dua, iaitu Kategori C: Buku Sastera Kanak-kanak dan Kategori D: Buku Sastera Remaja. Kategori-kategori ini kekal sehingga kini.

  1. MATLAMAT

HSPM diwujudkan dengan tujuan:

2.1       Memberikan pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu.

2.2       Mengenal pasti karya-karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu.

2.3       Menggalakkan penerbit menerbitkan karya-karya sastera yang bermutu dalam bahasa Melayu.

  1. BENTUK DAN NILAI HADIAH

Hadiah yang diberikan berdasarkan kategori-kategori yang berikut:

3.1       Kategori A – Buku/Kumpulan Karya

Hadiah diberikan kepada sebuah karya terpilih yang terbit dalam bentuk buku atau kumpulan karya. Nilai hadiah ialah RM10,000.00.

  1. Novel
  2. Kumpulan Cerpen
  3. Kumpulan Puisi
  4. Kumpulan Drama
  5. Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
  6. Buku Kajian Sastera
  7. Biografi/Autobiografi/Memoir

3.2       Kategori B – Karya Eceran

Hadiah diberikan kepada karya sastera eceran terpilih yang diterbitkan dalam majalah, jurnal, akhbar, dan buku dalam tahun penilaian. Nilai hadiah ialah RM2,000.00.

  1. Puisi – 10 hadiah
  2. Cerpen – 10 hadiah
  3. Drama – 5 hadiah
  4. Esei/Kritikan (Separa Ilmiah) – 5 hadiah
  5. Esei/Kritikan (Makalah Ilmiah) – 5 hadiah
  6. Cerpen Remaja – 5 hadiah

3.3       Kategori C – Kesusasteraan Kanak-kanak

Hadiah diberikan kepada karya sastera terpilih berbentuk buku atau kumpulan karya untuk kanak-kanak. Nilai hadiah ialah RM5,000.00. Karya sastera dalam kategori ini adalah seperti yang berikut:

  1. Novel Kanak-kanak
  2. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
  3. Kumpulan Puisi Kanak-kanak
  4. Kumpulan Drama Kanak-kanak
  5. Buku Bergambar Kanak-kanak

3.4       Kategori D – Kesusasteraan Remaja

Hadiah diberikan kepada karya sastera terpilih berbentuk buku atau kumpulan karya untuk bacaan remaja. Nilai hadiah ialah RM5,000.00. Karya sastera dalam kategori ini adalah seperti yang berikut:

  1. Novel Remaja
  2. Kumpulan Cerpen Remaja
  3. Kumpulan Puisi Remaja
  4. Kumpulan Drama Remaja

4. DASAR PENILAIAN

4.1       Karya sastera yang dinilai untuk menerima HSPM 2021/2022 ialah karya yang terbit di Malaysia dan luar negara pada tahun 2021/2022.

4.2       Penilaian dibuat oleh ahli panel berdasarkan kriteria yang berikut:

a) Kekuatan kesatuan organik karya.
b) Kekuatan dan keaslian persoalan yang ditampilkan secara matang.
c) Keseimbangan estetika bahasa dengan persoalan kemanusiaan.
d) Keindahan moral.
e) Inovasi dalam kreativiti.

4.3       Panel telah meneliti sejumlah besar karya sastera dalam bentuk buku dan bentuk eceran bagi tahun penilaian seperti yang berikut melalui Jadual 1:

I.          Kategori A: Buku/Kumpulan Karya

Bil. Genre Jumlah
1. Novel 57
2. Kumpulan Cerpen 24
3. Kumpulan Puisi 44
4. Kumpulan Drama 9
5. Kumpulan Esei/Kritikan Sastera 8
6. Buku Kajian Sastera 10
7. Biografi/Autobiografi/Memoir 13

II.          Kategori B: Karya Eceran

Bil. Genre Jumlah
1. Cerpen 754
2. Puisi 1,957
3. Drama 14
4. Esei/Kritikan (Separa Ilmiah) 122
5. Esei/Kritikan (Makalah Ilmiah) 156
6. Cerpen Remaja 200

III.         Kategori C: Kesusasteraan Kanak-kanak

Bil. Genre Jumlah
1. Novel Kanak-kanak 28
2. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak 4
3. Kumpulan Puisi Kanak-kanak 3
4. Kumpulan Drama Kanak-kanak
5. Buku Bergambar Kanak-kanak 94

IV.          Kategori D: Kesusasteraan Remaja

Bil. Genre Jumlah
1. Novel Remaja 45
2. Kumpulan Cerpen Remaja 4
3. Kumpulan Puisi Remaja 8
4. Kumpulan Drama Remaja 1
  1. KEPUTUSAN

Hasil penelitian terhadap karya-karya tersebut, panel memperakukan bahawa karya-karya yang berikut layak menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022.

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

KATEGORI A: (BUKU) – HADIAH BERNILAI RM10,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG PENERBIT
NOVEL Phensi Prasert Eh Chai DBP, 2022
KUMPULAN CERPEN Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya Mawar Safei DBP, 2021
KUMPULAN PUISI Bara Hujan Rudi Mahmood Kata-Pilar Books, 2021
KUMPULAN DRAMA TIADA PEMENANG
ESEI/KRITIKAN SASTERA Kepengarangan Sastera Melayu Pascamoden Mana Sikana DBP, 2022
KAJIAN SASTERA Hegemoni Kepengarangan A. Samad Ismail Azhar Wahid DBP, 2022
BIOGRAFI/

AUTOBIOGRAFI/MEMOIR

Biografi Sasterawan Negara: Keris Mas Melepasi Gerhana A. Rahim Abdullah DBP, 2022

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG SUMBER
CERPEN “Gergasi” Lokman Hakim Dewan Sastera Julai 2021
“Insiden Kucing Parsi Hitam yang Membunuh Diri?” Abang Median Abang Said Utusan Borneo 26 Julai 2021
Simone Hafizah Iszahanid Dewan Sastera Februari 2021
“Di dan Em” Jais Sahok Dewan Bahasa November 2021
Stingere Rita Robert Rawantas Dewan Sastera Oktober 2021
“Kisah Sebuah Rumah yang Tidak Pernah Selesai” Saifullizan Yahaya Dewan Bahasa Ogos 2022
“Mencari Air Ulung” Zaen Kasturi Dewan Sastera Januari 2021
“Nikosa dan Tesla” Shield Sahran Tunas Cipta Februari 2022
“Langa” Ruhaini Matdarin Dewan Sastera April 2021
“Winchester Laras Dua” Zainol Idris Dewan Sastera Ogos 2021

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG SUMBER
CERPEN REMAJA “Lelaki yang Mengutip Serpihan Hatinya yang Berkecai” Nadhirah Ghani Tunas Cipta Disember 2021
“Jaguh Ayah” Roslan Daud Tunas Cipta Ogos 2021
“Katak yang Terpenjara” Afif Zulhusni Tunas Cipta April 2021
“Menenun Kasih” Clariessa Kesulai Tunas Cipta April 2021
“Hujan Luruh di Fukushima” Hafizul Osman Dewan Siswa Mac 2022

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG SUMBER
PUISI “Dari Senja hingga Senja Lagi” Zaen Kasturi Dewan Sastera April 2021
“Penjual Doa” Abdul Mubin Ismail Dewan Sastera Jun 2021
“Lidah yang Dirindui Ular” Norawi Hj. Kata Dewan Sastera Julai 2021
Mot Juste Raihani Mohd. Saaid Dewan Sastera September 2021
“Gawat Musim Gelora” Ramzah Dambul Dewan Sastera Julai 2021
“Perahu Upaya” Shapiai Mohd. Ramly Dewan Sastera Mei 2021
“Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura” Zurinah Hassan Dewan Sastera Januari 2021
“Lelaki yang Kehilangan Kunci” Ratna Laila Shahidin Dewan Sastera September 2022
“Pencuri Pakaian” Zamhari Bakti Dewan Sastera Ogos 2022
“Hikayat Esok” Abizai Suara Sarawak 11 April 2021

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG SUMBER
 

ESEI/KRITIKAN SASTERA

(MAKALAH ILMIAH)

“Seloka sebagai Suatu Bentuk Puisi Sisipan dalam Cerita Jenaka Melayu: Analisis Tekstual dan Kontekstual” Mohd Fauzi Abdullah Monograf Persuratan Melayu 2021 (IPG Kampus Bahasa Melayu, 2021
“Kecenderungan Neurotisme melalui Karakteristik Emosional dalam Personaliti Watak Karya Kreatif” Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin Malay Literature (DBP, Jun 2021)
“Kesangsian Terhadap Agama: Memetakan Wacana-wacana Barat yang Melingkari ‘Kemodenan’ Abdullah Munsyi” Mohd Zariat Abdul Rani Jurnal Kemanusiaan (Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2022)

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG SUMBER
ESEI/KRITIKAN SASTERA

(SEPARA ILMIAH)

“Kritikan Sastera Melayu Meniti di Atas Titian Lesu” Mana Sikana Dewan Sastera Februari 2021
“Tradisi dan Pengalaman Kepengarangan Islam sebagai Teras Pemikiran dan Pengucapan Penulis Mutakhir” Saifullizan Yahaya Dewan Sastera Januari – Februari 2021
“Strategi Naratif dalam Novel Sejarah: Menjalin Fakta dengan Fiksyen” Mohamed Nazreen Shahul Hamid Dewan Sastera Mei – Jun 2022
Bimasakti Menari: Pertemuan Budaya Kreatif dengan Ilham dalam Penyeberangan Genre” Mawar Safei Esei dan Kritikan dalam Novel Remaja (DBP, 2022)
“Kerancuan dalam Gagasan Persuratan Baru: Suatu Penilaian Kritis” Ahmad Muziru Idham Adnan (A. Muziru Idham) Dewan Sastera Oktober – Disember 2021

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG SUMBER
DRAMA “Bazin Bawah Pintu” Siti Jasmina Ibrahim Dewan Sastera Januari 2021
“Orang Bulan” Yusof Bakar Dewan Sastera Julai – Ogos 2022
“Sampai Hidup Harung Sengsara (Keterangan Terakhir Ka’ab bin Malik)” U-Wei Haji Saari Dewan Sastera Disember 2021 – Januari 2022
“Gantungkan Dulu Jakinya Itu” Siti Jasmina Ibrahim Dewan Sastera Februari – Mac 2022
“Ghaib” Faisal Tehrani Dewan Sastera November 2022 – Mac 2023

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

KATEGORI C: KESUSASTERAAN KANAK-KANAK – HADIAH BERNILAI RM5,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG SUMBER
NOVEL KANAK-KANAK Johan Jani MK Riza DBP, 2021
KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK TIADA PEMENANG
KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK Tekad Beregu RZ Zurhan Bakar DBP, 2022
KUMPULAN DRAMA KANAK-KANAK TIADA PEMENANG
BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK Tuty Si Anak Penyu Nor Azhar Ishak Integra Creative Media Sdn. Bhd., 2021

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

KATEGORI D: KESUSASTERAAN REMAJA – HADIAH BERNILAI RM5,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG SUMBER
NOVEL REMAJA Merom Jong Chian Lai Nusa Centre, 2022
KUMPULAN PUISI REMAJA Bulan di Langit Malam Nawawee Mohammad DBP, 2021
KUMPULAN CERPEN REMAJA Telefon yang Menyembunyikan Kisah Abang Median Abang Said Syfe Management Sdn. Bhd., 2022
KUMPULAN DRAMA REMAJA TIADA PEMENANG

Baca Laporan Berkaitan |
Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Cerpen)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Cerpen Remaja Eceran)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Puisi)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Drama)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Buku Kajian Sastera, Kumpulan Esei/Kritikan Sastera, Buku Biografi/Autobiografi/Memoir dan Esei/Kritikan Sastera Eceran)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Kesusasteraan Kanak-kanak)

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Kesusasteraan Remaja)

_________________________

Laporan ini disediakan oleh sekretariat Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 di bawah penyelenggaraan Bahagian Promosi dan Pengiktirafan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kredit Foto: Adib Zulkifli
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi