30 November 2022, 11:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

George Town – Sasterawan Negara Zurinah Hassan menyempurnakan pelancaran dua buku kumpulan cerpen terbitan Kata-Pilar Books, Bayang Sudah Pandai Mengejek karya Zul Azlin dan Seluruh Alam dalam Sebutir Debu karya Saharil Hasrin Sanin, di Bangunan UAB, George Town.

Pelancaran buku tersebut diadakan sempena George Town Literary Festival (GTLF) 2022 yang berlangsung pada 24 hingga 27 November lepas. Kedua-dua buku tersebut merupakan antara buku paling laris Kata-Pilar Books sejak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan pertengahan tahun baru-baru ini.

SN Zurinah Hassan sedang memperkatakan tentang penerbit bebas Kata-Pilar.

Menerusi sesi pelancaran buku itu, SN Zurinah Hassan mengambil peluang mengucapkan tahniah buat Kata-Pilar. Katanya,

Kalian merupakan penerbit buku yang hebat, diikuti pula dengan kejayaan menarik generasi muda.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau beranggapan penerbit Kata-Pilar (Fahd Razy) dan Nusa Centre (SM Zakir) merupakan penerbit yang berani dan telah menyelamatkan lapangan perbukuan. Selain itu, beliau turut menyuarakan keprihatinan kepada syarikat penerbitan lain, khususnya syarikat yang lebih tua usianya. Hematnya, syarikat sedemikian pula bertindak sebaliknya berkemungkinan bertitik tolak daripada persoalan risiko laris ataupun tidak.

Selain itu, beliau turut bercakap perihal dua penulis yang dilancarkan kumpulan cerpen mereka, iaitu Saharil Hasrin Sanin dan Zul Azlin. Jelasnya,

Saya ucapkan tahniah kepada kedua-dua penulis tersebut. Saya sudah mula membacanya dan berasa terkejut kerana penulisannya itu langsung tidak sama dengan tulisan kebiasaan pada zaman saya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.