Diterbitkan pada 9 Mei 2025, 15:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kumpulan puisi Nama Pertama untuk Duka nukilan Haniff Zikri diumumkan sebagai pemenang utama Hadiah Puisi T. Alias Taib II 2025 dalam Majlis Penyampaian Hadiah dan Wacana Karya Pemenang Hadiah Puisi T. Alias Taib II 2025 di Menara DBP, pagi tadi.

Penganjuran Hadiah Puisi T. Alias Taib edisi kedua menerima sambutan yang memberangsangkan, dengan sebanyak 189 buah penyertaan daripada pelbagai penulis mapan dan muda.

Haniff Zikri membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan sebuah trofi yang disampaikan oleh Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain pemenang utama, tiga finalis telah dipilih daripada 25 buah manuskrip yang berjaya ke peringkat akhir.  Yang berikut ialah senarai finalis:

Finalis Judul
1. Abdullah Hussaini Pecah dan Lupa
2. A.A. Zailiani Cuaca di Negeri Tubuh
3. Hidayyah AT Mizi Dendam Perempuan Api kepada Bara
Penganjuran Hadiah Puisi T. Alias Taib II 2025 yang dahulunya dinamakan sebagai Sayembara Puisi KataPilar, digerakkan oleh Penerbitan KataPilar dan Tukang Puisi dengan kerjasama DBP.
Keempat-empat buku pemenang Hadiah Puisi T. Alias Taib II boleh dibeli di sini.
Kredit Foto: Adib Zulkifli
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi