Oleh Naimah Yusof
24 Julai 2021, 15:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini menerusi hantaran Facebook rasminya Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia memaklumkan bahawa  DBP akan menganjurkan program “Baca Puisi: Suara dari Lembah Gaza” yang akan diadakan pada 25 Julai 2021, pukul 11.00 pagi yang disiarkan menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP.

Program yang akan dirasmikan oleh Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP ini merupakan satu daripada 10 program yang diatur oleh DBP di bawah program “Suara dari Lembah Gaza” atau ringkasnya SDLG yang dijadualkan akan dilaksanakan bermula pada 25 hingga 31 Julai 2021 menerusi saluran yang sama.

SDLG merupakan program yang dirancang khas oleh DBP bagi tujuan pengumpulan dana untuk disalurkan kepada Palestin melalui tabung Musa’adah Palestin melalui kerjasama strategik dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dalam merealisasikan hasrat ini juga, DBP turut bekerjasama dengan pelbagai pihak sama ada sektor awam dan juga sektor swasta.

Program yang akan berlangsung sepanjang tujuh hari ini adalah seperti yang berikut:

  1. Gema Suara dari Lembah Gaza Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan – 26 Julai 2021, pukul 9.00 malam
  2. Baca Puisi Suara dari Lembah Gaza Peringkat Wilayah Utara – 27 Julai 2021, pukul 8.00 malam
  3. Gema Puisi Palestin dan Wacana “Suara dari Lembah Gaza” – 28 Julai 2021, pukul 10.00 pagi
  4. Gema Kemanusiaan, Suara dari Lembah Gaza – 29 Julai 2021, pukul 10.00 malam
  5. Wacana Air Mata Gaza: Tawa dan Duka – 30 Julai 2021, pukul 10.30 pagi
  6. Gema Suara Timur buat Palestin – 30 Julai 2021, pukul 3.00 petang
  7. Gema Suara Timur buat Palestin Siri 2 – 30 Julai 2021, pukul 9.00 malam
  8. Forum Nilai Murni Sejagat: Kebersamaan dalam Kepelbagaian – 31 Julai 2021, pukul 10.00 pagi
  9. Diskusi Remaja: Remaja dan Perjuangan – 31 Julai 2021, pukul 2.00 petang

Ayuh, sama-sama kita saksikan kehebatan para pendeklamasi dalam menyuarakan rasa isi hati atas penderitaan rakyat Palestin dan sama-sama kita menghayati wacana yang diadakan.

Kepada yang ingin memberikan sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin, bolehlah menyalurkan sumbangan anda melalui Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia), Nombor akaun: 86-0221818-6 (Bank CIMB Islamic) Rujukan: DBP Palestin.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.