Oleh Zaidi Saad
27 Julai 2021, 23:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bukit Mertajam Baca Puisi Suara Kedamaian Peringkat Wilayah Utara yang juga merupakan program ketiga di bawah SDLG, iaitu Suara dari Lembah Gaza disiarkan pada hari ini, 27 Julai 2021 (Selasa), pukul 8.00 malam menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Program ini diadakan oleh DBP dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertujuan untuk mendapatkan sumbangan dana bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin melalui Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia).

Terdapat tiga segmen yang disusun dalam program ini yang membariskan pendeklamasi hebat dari zon utara yang mencakupi Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan juga Perak.

Segmen pertama dimulai dengan deklamasi puisi oleh Che Nu Alinar Mohamed – Lembaga Pembangun Sastera (LEPAS) Perak dengan puisi bertajuk “Kota yang Luka”, karya Mohilis.

Kemudian menampilkan pula Zaheera Ibrahim – Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) yang mendeklamasikan puisi bertajuk “Palestin Jangan Menangis Lagi” karya beliau sendiri.

Puisi seterusnya dideklamasikan oleh Mawarni Ibrahim – Angkatan Sasterawan Nasional (ASASI) Kedah dengan puisi bertajuk “Badai Impian”, karya Mawarni Ibrahim.

Segmen kedua pula dimulai dengan pendeklamator, Dr. Saravanan a/l Veeramutu – Universiti Sains Malaysia (USM) yang mendeklamasikan puisi bertajuk “Mendepani Sang Andeka” dan diikuti pula dengan deklamasi puisi oleh Kumpulan 3P – Perlis  dengan puisi bertajuk “Pelangi Bahagia”. 

Segmen ketiga yang merupakan segmen terakhir, dimulai dengan deklmasi puisi oleh Dr. Boon Jong Fook yang mendeklamasikan puisinya menerusi lagu berjudul Gaza Melara.

Program ini diteruskan lagi dengan deklamasi puisi oleh Syahidatul Munirah Badrul Munir yang mendeklamasikan puisi bertajuk “Ba Ta Ada Tawa di Hujung Gaza”, karya Tuah Sujana, dan puisi yang menjadi penutup program ini ialah “Janji Pejuang” yang dideklamasikan oleh Saiful Ghazali – MRSM Perlis, karya nukilannya sendiri.

Untuk menonton keseluruhan program boleh klik  di sini.

 

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.