Diterbitkan pada 14 Julai 2026, 14:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

seperti Rumi mengudus rasa
dari akar manusiawi ke pucuk ruhi
meneduh jiwa mudah diragut ribut;
……luka adalah tempat di mana
……cahaya memasukimu.

atau Shakespeare mengabadi rasa
tidakkan tubuh tetap reput luput
seni sisa anggota tak mengenal mati;
……selagi manusia bernafas mata melihat
……selagi itu hidup ini dan ini menghidupkanmu.

atau Usman Awang membumi rasa
tak terpisah manusia daripada dunia
seantero alam bagai berus mewarnai cinta;
……akan kupintal buih-buih
……menjadi tali mengikatmu.

seperti Rumi, Shakespeare dan Usman Awang
aku ingin mengocak lesu lopak dirimu
biar mati tenang itu berombak hidup
biar kau merasa geloranya bernyawa!

Kredit Foto: McGill Library
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi