Oleh
Ade Patriot
Diterbitkan pada 13 Julai 2026, 14:55
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangWarna pudar
mengingat hujan
yang lalu.
Noda di tapak
mencatat langkah
yang tergelincir.
Saat kaki berbohong
kesetiaan tak meminta arah
cukup untuk berpaut.
Setiap tersandung
disimpan diam
oleh hujung yang terikat.
Jatuh
hanya diketahui
oleh tali.
Tawau, Sabah
14/6/2026