Diterbitkan pada 15 Julai 2026, 10:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Takdir membelah kita umpama
bahtera membelah lautan
searus ke pantai, searus ke pulau
searus ke karam di dasar dalam.

Soalnya bukan ke mana angin
tetapi bagaimana dikawal ingin
terkapaikah bahkan tersadaikah
kendati badai hayat menghempas
tetap hati damai atas mata kompas.

Saat Alastu Birabbikum
terangkatlah sauh hayat,
keberangkatan kita ini
terlayarkah jawapan, oh
Bala Syahidna sampai pengakhiran?

Terbentanglah liang akhirat di lahad
berbahagia berenang di bawah rahmat.

Pinggiran Danau Candella

Kredit Foto: Firus Fansuri
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi