Oleh Zaidi Saad
29 Julai 2021, 07:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Gema Kemanusiaan: Suara dari Lembah Gaza merupakan program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (Sarawak). Program disiarkan secara langsung pada 28 Julai 2021 (Rabu) pukul 9.00 malam menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP. Program ini diadakan bagi mendapatkan sumbangan dana untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin melalui Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia).

Dari kiri atas: Abizai, Abang Haliman, Khalid Husseine dan Awang Kelana.

Atur cara keseluruhan program merupakan gabungan persembahan deklamasi dan lagu puisi berasaskan tema Suara dari Lembah Gaza. Deklamator yang terlibat ialah Zainal Abidin Suhaili (Abizai) – “Pulang Berkabung”, Sriwati Haji Labot – “Warkah Cinta Syaima” dan Khalid Husseine Tuah – “Kota yang Luka” karya Mohilis. Awang Kelana Awang Hassan pula menyampaikan Mantera Gaza, dan Mohamad Faizal Jamil mendendangkan Syair Rakis “Tragis Bumi Anbia”.

Persembahan pantomin oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Sarawak).

Kumpulan Lasykar Seni mempersembahkan dua lagu puisi, iaitu Panglima Jihad (A. Aziz Deraman) dan Janji Azali (Abdullah Azan Kadir). Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Sarawak) mempersembahkan Pantomim dan Pidato Kemanusiaan. Pengarah DBP cawangan Sarawak, Abang Haliman Haji Abang Julai menyampaikan Monolog. Rakaman acara Gema Kemanusiaan: Suara dari Lembah Gaza ini boleh ditonton di sini.

Kumpulan Lasykar Seni
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.