31 Julai 2021, 14:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Program Suara dari Lembah Gaza: Gema Suara Timur buat Palestin Siri 2 yang berlangsung pada 30 Julai 2021, pukul 9.00 malam di studio siaran langsung media sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program deklamasi puisi Palestin ini merupakan siri kedua daripada program Gema Suara Timur buat Palestin pertama yang diadakan pada sesi 3.00 petang. Program kemanusiaan dimulakan dengan ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Encik Muhammad Muhairi Jasmani.

Program amal ini diadakan bertujuan untuk menelusuri kisah dan perjuangan serta mengutip derma untuk rakyat Palestin melalui Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia). Kita juga dapat menghayati pengorbanan dan perjuangan serta menyumbang (derma) bagi menampung beban dan kesengsaraan hidup masyarakat Palestin yang terkesan akibat peperangan dan bedilan yang berpanjangan daripada Israel.

Dalam Segmen A, tetamu jemputan khas yang menyampaikan puisi ialah Dato’ Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – “Malang Nasibmu Palestin”, Maroof Seman, penyair kebangsaan – “Seperti Mencatat Pesan di Gaza”, Othman Zaharuddin Harun, aktivis seni – “Sejadah Berdarah”, Tuan Afiq Rifqi Tuan Mohd Mawardi –“Tangisan Palestin”, Md. Arif Haikal Zakaria – “Doa untuk Palestin” dan Wan Azimah Wan Mohamad – “Buatmu Gaza”.

Manakala dalam Segmen B, Encik Azmi Ngah yang merupakan pengarah muzium Terengganu menyampaikan puisi bertajuk “Warkah Luka Dari Ramallah”, Zaril Ali – “Cahaya yang Hilang”, Arina Abd Rahman – “Kamu Bukan Wira”, Nur Liyana Azman – “Senyuman yang Sinar”, Wan Norfatiha Wan Ghafar – “Sengsara Penduduk Gaza”, dan Nurul Aini Abdullah –“Untukmu”.

Segmen C menampilkan enam wakil, iaitu, Uzair Daud – “Perjuangan”, Sri Nariah Mohamad – “Setitik Darah Tumpah”, Dr. Mohd Fadzil Baharudin – “Gaza Milik Kita”, Muhammad Fazril Syah Abdullah – “Rintihan Palestin”, Muhammad Nazruk Iman Yong – “Tangisan Bumi Gaza” dan Nur Mastura Zukifli – “Kemenangan Doa” .

Dalam Segmen D ialah segmen terakhir yang menampilkan enam lagi penyair, iaitu bekas Senator, Ismaaon Muhammad – “Indahnya Malaysiaku”, Tengku Anizan – “Nyanyian dari Negeri Berdarah”, Nurul Atikah Mohd Saupi – “Linangan Air Mata Gaza”, Muhammad Afif Mazlan – “Untukmu Palestin”, Ros Dayini Mustafar Kamar – “Darah Putih”, dan Md. Afiq Rosli – “Pengabdi Cinta”.

Tonton Gema Suara Timur buat Palestin Siri 2 di sini.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.