Oleh SHUKRY SIDDIQ
31 Julai 2021, 13:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Program Suara dari Lembah Gaza: Gema Suara Timur buat Palestin  berlangsung pada 30 Julai 2021 (Jumaat) pada pukul 3.00 petang di studio siaran langsung media sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program kemanusiaan ini yang dirasmikan oleh En. Zainal Abidin Muhamad, Naib Presiden Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan sebagai wakil kepada YB Mejar Dato’ Haji Md. Anizam Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.

Program amal ini dianjurkan untuk menggalakkan kita untuk menderma dan dapat menelusuri kisah rakyat Palestin. Kita juga dapat menghayati pengorbanan dan perjuangan serta menyumbang (derma) bagi menampung beban dan kesengsaraan hidup masyarakat Palestin yang terkesan daripada peperangan dan bedilan yang berpanjangan daripada Israel.

En. Zainal Abidin Muhamad, dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak DBP serta Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan kerana menganjurkan program seumpama ini. Beliau menyeru agar semua orang dapat menyumbang kepada rakyat Palestin melalui Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia).

Dari kiri atas: Muhamad Rasani Ramli, Dato’ Hj. A. Aziz Deraman, Mohd Azam Juhari dan Rosli K. Matari.

Dalam Segmen A, tetamu jemputan khas yang menyampaikan puisi ialah Encik Muhamad Rasani Ramli, Setiausaha, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (“Melawan”, karya SN Anwar Ridhwan), Dato’ Hj. A. Aziz Deraman, Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN) (“Teringat akan Palestin”), En. Mohd Azam Juhari, Pengarah DBP Wilayah Timur (“Dia Menjadi Seorang Gadis yang Berparut” karya Abdul Razak Husin) dan Rosli K. Matari, Sasterawan Negeri Kelantan Darul Naim 2020 (“Wahai Bumi”).

Manakala dalam Segmen B, wakil daripada NGO yang mengambil bahagian ialah Hj Azman Mohd Daham Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKNK),  (lagu puisi “Balada Seorang Gadis Kecil”), Abdul Hadi Yusoff, Persatuan Penulis Kelantan (PPK) – Juara Negeri dan Penyair Kebangsaan (“Di Sebalik Hidangan Makanan”), Bani A. Zaini, Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) (“Tanah Milik Kami’) dan  Ramlee Hamzah (Abe Lee 337), Pengerusi, Persatuan Penggiat Seni Lukis Kelantan (PELUKIS) yang mengadakan persembahan demonstrasi melukis karya Palestin menggunakan cat minyak atas kanvas.

 

Segmen C menampilkan 4 wakil NGO iaitu, Dr. Abham TR, Ketua Satu, Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) (“Tiba-tiba”), Anuar Musa, Ketua Satu, Persatuan Budayawan dan Penulis Kelantan (PESISIR) (“Ke Manakah Lagi” karya Rosli K. Matari), Abdul Razak Rezeki Othman, Puisi Tradisional/ Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (“Syair Janji Allah untuk Gaza”) dan Wee Sock Yam (Sujata Wee), Wakil Persatuan Peranakan Cina Kelantan (“Mengintai dari Jendela Keinsafan”).

Dalam Segmen D, iaitu segmen terakhir, menampilkan tiga pemenang Sayembara Deklamasi Puisi “Palestin: Kami Bersamamu” dan Juara Negeri Penyair Kebangsaan. Ainun Nasibah Johar, Tempat Ketiga (“Bumi Gaza Kembali Berdarah” karya Abdul Razak Husin), Akilul Nazar Arbain, Tempat Kedua (“Palestin: Bumi Bersimbah Darah” karya Rozaimi Abdullah), Atikapuspha Sarkawi Ramli, Johan (“Palestin: Bumi Bersimbah Darah” karya Rozaini Abdullah) dan Mohd Shareezad Satad (“Suara dari Bumi Gaza”) dan penampilan istimewa daripada Hj. Ezani Hj. Daud, Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (lagu puisi, Suara Anak, lirik dan lagu Nasir Hasan).

Tonton Gema Suara Timur buat Palestin di sini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.