28 Julai 2021, 16:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Johor Bahru – Program Suara dari Lembah Gaza: Gema Puisi Palestin beredar ke selatan Semenanjung Malaysia. Program baca puisi yang menjelajah setiap negeri dan wilayah tanah air ini merupakan program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah disiarkan secara langsung pada 28 Julai 2021 (Rabu), pukul 10.00 pagi menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP.

 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendapatkan sumbangan dana bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin melalui Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia).

Program ini membariskan pendeklamasi-pendeklamasi hebat dari zon selatan, khususnya dari Melaka dan Johor. Program dimulai dengan pendeklamasi Muhammad Shahrin Haron dengan puisinya yang bertajuk “Saf Terakhir di Bumi Gaza”, karya MS Haron. Kemudian menampilkan pula Sasya Zainal dengan puisinya yang berjudul “Bunga Popi”, karya Usman Awang. Puisi seterusnya dideklamasikan oleh Rohaidah Yon dengan puisinya yang berjudul “Senandika Buatmu Gaza”, karya beliau sendiri.

Program ini diteruskan lagi dengan deklamasi puisi oleh Mohd. Ab. Malek Md. Shah dengan puisinya berjudul “Terima Kasih Duhai Tetanggaku Yang Terus Membisu”, karya beliau sendiri, Norliza Haji Md. Yamin dengan puisinya “Rejang Lelabi”, karya Norliza Haji Md. Yamin, Md. Kemudian Yusof Ali dengan puisinya berjudul “Di Manakah Nyali Kemanusiaan” karya Ria Asmira.

Barisan penyair dan pendeklamasi Gema Puisi Palestin DBP Wilayah Selatan.

Program diteruskan dengan deklamasi puisi oleh Md. Muzaini Said dengan puisinya berjudul “Api Yang Menyala Di Hadapan Pintu Syurga” karya Damarzuhra. Kemudian menampilkan pula Zetty Natamulia Elias dengan puisinya berjudul “Syurgamu Palestin” karya Zaty Natamulia Elias, dan puisi yang menjadi penutup program ialah daripada Haji Ab. Rani Embi dengan puisinya berjudul “Gandum, Sebutir Peluru, Air Mata” karya A Rani Embi.

Program Suara dari Lembah Gaza: Gema Puisi Palestin boleh ditonton di sini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.