8 Januari 2025, 18:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Duta Besar Austria ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Andreas Launer menzahirkan ucapan penghargaan, malah memuji cerpen Profesor Madya Dr. Mawar Safei dalam suratnya.

Menurut Andreas Launer dalam suratnya kepada Dr. Mawar, beliau berpeluang membaca cerpen “Salju Tiga Gunung di Lembah Tragos” yang tersiar dalam majalah Dewan Sastera Bil.12/2024.

“Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan atas pengalaman yang menarik ini.

“Terima kasih kerana berkongsi bakat anda dan menyampaikan cerita yang menyerlahkan keunikan dan keindahan muka bumi Austria.

“Saya berharap hasil pena anda akan memberikan inspirasi kepada lebih ramai penulis Malaysia bersama-sama untuk berkarya tentang Austria dan juga persahabatan antara tanah air kita, Austria dan Malaysia,” ujarnya.

Surat ini dikongsi oleh Dr. Mawar dalam blog peribadinya.

Dr. Mawar Safei merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang cukup berbakat dalam penulisan, khususnya cerpen.

Beliau pernah menerima Anugerah Akademik Negara (Seni dan Kreativiti) dan Anugerah Penulis Asia Tenggara atau SEA Write Award (Malaysia) pada tahun 2018.

Kredit Foto: Facebook - Austrian Embassy Kuala Lumpur
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.