15 Oktober 2024, 06:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pengarah Bengkel Persembahan Puisi Malaysia MADANI 2024 pada 9 dan 10 November 2024 nanti, Fairul Pujangga, menyasarkan 100 orang peserta akan hadir.

Bengkel yang akan diadakan di Auditorium Seri Persada, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur ini terbuka kepada semua dengan yuran penyertaan hanya RM20.00 seorang.

Program yang akan diadakan selama dua hari itu padat dengan pelbagai sesi dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Para peserta bengkel bakal dibimbing oleh seorang lagi pelakon teater dan deklamator muda Nadhilah Suhaimi serta Fairul; Attokz Dikulgai (deklamator), dan Dr. Norzuraina (pelakon teater).

Atur cara akan dipenuhi dengan kegiatan amali, dengan semua peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan.

Mereka akan memilih konsep persembahan masing-masing, sama ada gaya deklamasi GAPENA, puisi artistik ataupun dekon.

Proses latihan akan dipantau dan diberi bimbingan oleh semua pembengkel yang bergerak ke setiap kumpulan. Para peserta akan mempelajari kaedah membedah karya, dan menentukan bentuk atau konsep persembahan sebelum memulakan proses latihan.

Program ini ialah usaha Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, di bawah Inisiatif Belanjawan GAPENA 2024.

Kepada yang berminat menjadi peserta, masih ada masa untuk menghubungi Fairul menerusi talian 013-2863834, atau Luvvna di talian 011-17763556.

Kredit Foto: Jon Tyson/Unsplash
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.