Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangJohor Bahru – Yayasan Warisan Johor akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Kreatif Sastera Lisan Negeri Johor (SALINJ) dengan menawarkan hadiah yang lumayan kepada bakal peserta.
Untuk Pertandingan Mencipta Logo, peserta perlu memberi keterangan dan rasional berkenaan reka bentuk logo, simbol, warna yang dipilih dan logo juga perlu dihantar dalam format PNG dengan resolusi minimum 1920 x 300 dpi.
Kategori Slogan Kreatif pula slogan mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman, budaya dan agama dan paling utama peserta perlu menyambung slogan ini; SASTERA LISAN NEGERI JOHOR WARISAN TEKAL DIWARISI.
Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini mestilah mengemukakan dua dokumen, iaitu borang penyertaan dan rekaan logo melalui borang yang boleh diimbas melalui kod QR seperti yang tertera dalam poster.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Nadia di talian 07 22454488/013-6294991 atau e-mel [email protected].
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Ogos 2024.
