Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangW.B. Rendra melaporkan anugerah sastera terpenting bagi Johor Darul Takzim, Anugerah Sastera Johor ke-14.
Anugerah Sastera Johor ke-14 kali ini tampil dengan syarat yang lebih khusus dibuka kepada anak kelahiran negeri Johor.
Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor meneruskan tradisi pengiktirafan penuh makna kepada para penulis dan pengkarya anak negeri Johor. Penganjuran majlis penyampaian Anugerah Sastera Johor (ASJ) ke-14 berlangsung pada 23 April 2026, bertempat di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor selaku Wakil Rasmi Menteri Besar Johor. Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Dr. Kassim Thukiman, Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor merangkap Karyawan Tamu Yayasan Warisan Johor; Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan); Wakil Rasmi Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor; YBrs. Encik Nor Syazlan Abd Razak, Pengarah Yayasan Warisan Johor; YBrs. Dr. Syaidul Azam Kamarudin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan, dan Tuan Haji Dzulkarnain Ithnain, Ketua Dua Persatuan Penulis Johor (PPJ).
Anugerah utama ASJ ke-14 meliputi Anugerah Sasterawan Johor yang diraih oleh Dr. Maskiah Masrom; Anugerah Penggiat Sastera Johor, Amiruddin Ali Md Hanafiah; dan Anugerah Penulis Muda Johor yang diterima oleh Nursuhada Sayuti.
Dr. Maskiah Masrom ialah Pengarah Institut Persuratan Alam Melayu, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) yang telah berkarya sejak tahun 1979. Beliau merupakan anak jati Johor kelahiran Sungai Jambi Darat, Rengit, Batu Pahat. Sumbangan pemikiran beliau dalam bidang bahasa, persuratan dan sastera amat konsisten kepada negeri Johor.
Kewibawaan Amiruddin Ali Md Hanafiah bergiat aktif dalam badan bukan kerajaan, khasnya Persatuan Penulis Johor (PPJ), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) mengangkat ketokohan beliau sebagai Anugerah Penggiat Sastera Johor.
Melalui beberapa siri bengkel penulisan termasuk Minggu Penulis Remaja (MPR) dan Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan anjuran DBP mendorong Nursuhada Sayuti tidak menoleh ke belakang lagi, apabila merangkul banyak kemenangan dan anugerah seperti Hadiah Sastera Darul Ta’zim dan Hadiah Sastera Penulis Muda DBP. Hal ini seterusnya mengangkat nama beliau untuk meraih Anugerah Penulis Muda Johor.

Pada tahun ini, melalui kerjasama strategik Yayasan Warisan Johor dan DBP Wilayah Selatan, Anugerah Tunas Remaja DBP diwujudkan. Anugerah ini bertujuan memberikan galakan kepada penulis remaja yang menunjukkan kecenderungan luar biasa dalam bidang penulisan kreatif.
Di samping itu, anugerah ini juga selari dengan saranan YAB Menteri Besar Johor agar negeri Johor sentiasa mempunyai penulis pelapis yang bergiat aktif berkarya. ASJ kali ini juga menampilkan rakan kerjasama strategik PPJ dan di luar bidang sastera serta penulisan, iaitu ADABI dan The Avenue M.
ASJ ke-14 kali ini tampil dengan syarat yang lebih khusus dibuka kepada anak kelahiran negeri Johor. Selain itu, penambahan kategori Puisi Tradisional Eceran memberikan ruang yang lebih luas untuk penulis karya puisi tradisional menghantar penyertaan, tanpa perlu bersaingan dengan puisi moden.
Bagi penulis dan pengkarya anak negeri Johor, ASJ menjadi satu tanda aras penting untuk menilai pencapaian kualiti karya oleh sekumpulan pakar bidang dan profesional. Karya penerima ASJ diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor melalui penganjuran anugerah ini. Memandang ke hadapan, Kerajaan Negeri Johor menzahirkan komitmen memperkukuh penganjuran ASJ.
ASJ ke-14 menghimpunkan sejumlah 37 orang penerima dalam 17 kategori, sekali gus menyaksikan peningkatan penyertaan dan jumlah penerima, meliputi kategori Puisi Eceran (enam penerima), Cerpen Eceran (enam penerima), Puisi Tradisional Eceran (enam penerima), Rencana Pembangunan Johor (dua penerima), Karya Penulis Remaja bagi setiap kategori Cerpen dan Puisi (tiga penerima). Manakala kategori yang berikut seorang penerima: Esei dan Kritikan Sastera, Kumpulan Cerpen Remaja, Kumpulan Cerpen, Novel Kanak-kanak, Novel Dewasa, Drama Radio, Drama TV, Drama Pentas, Drama Eceran, Kumpulan Puisi, dan Kumpulan Puisi Kanak-kanak.

Senarai penuh pemenang bagi setiap kategori adalah seperti yang berikut:
Kategori Puisi Eceran:
Kategori Cerpen Eceran:
Kategori Puisi Tradisional Eceran:
Kategori Karya Penulis Remaja Bawah 19 Tahun (Cerpen):
Kategori Karya Penulis Remaja Bawah 19 Tahun (Puisi):
Kategori Esei dan Kritikan Sastera:
Kategori Rencana Pembangunan Johor:
Kategori Kumpulan Cerpen Remaja:
Kategori Kumpulan Cerpen:
Kategori Novel Kanak-kanak:
Kategori Novel Dewasa:
Kategori Drama Radio:
Kategori Drama TV:
Kategori Drama Pentas:
Kategori Buku Biografi:
Kategori Kumpulan Puisi Kanak-kanak:
Kategori Kumpulan Puisi:
Anugerah Tunas Remaja DBP:
ASJ ke-14, meneruskan tradisi penerbitan buku Antologi Anugerah Sastera Johor. Pada malam penyampaian ASJ tersebut, buku berjudul Setitis Kasih Embun terbitan Yayasan Warisan Johor dilancarkan. Setitis Kasih Embun menghimpunkan karya eceran penerima ASJ ke-13.

Selain itu, ASJ ke-14 turut mencipta sejarah tersendiri apabila gandingan bapa dan anak berkongsi pentas ASJ ke-14. Mohd Rosli Bakir menerima Kategori Puisi Eceran manakala anak beliau, Nursyadza Zahira Mohd Rosli Kategori Puisi Tradisional Eceran. Begitu juga penulis mapan negeri Johor, Nazim Mohd Subari meraih Kategori Puisi Eceran dan Puisi Tradisional Eceran, manakala anak beliau Nazrey Nazim menerima Kategori Puisi Tradisional Eceran.
Berdasarkan kriteria penilaian umum, panel juri meletakkan beberapa dasar dan asas ASJ ke-14.
Kriteria umum termasuklah perkara yang berikut:
Selain itu, terdapat kriteria khusus untuk setiap kategori dengan lebih terperinci berpandukan (beberapa kategori utama) secara padat:
Pada ASJ ke-14, panel penilai terdiri daripada para sarjana dan pemikir sastera yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Panel diketuai oleh Dr. Mohamad Saleeh Rahamad (Ketua Panel); Dr. Mohd Hanafi Ibrahim; Prof. Madya Dr. Mawar Safei; Prof. Madya Dr. Roslina Abu Bakar; Dr. Shamsudin Othman; dan Encik A. Wahab Hamzah.
_________________________
W.B. Rendra ialah Ketua Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Warisan, Yayasan Warisan Johor.