Diterbitkan pada 23 Februari 2024, 15:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Buat pertama kalinya, festival yang menghimpunkan 25 pengarang berbahasa Perancis akan diadakan menerusi penganjuran Festival of French-Speaking Authors in Malaysia pada 24 Mac depan bertempat di Alliance Francaise, Kuala Lumpur.

Acara yang akan dimulakan pada 9.00 pagi hingga 6.00 petang itu bakal menghimpunkan 25 pengarang berbahasa Perancis yang akan membincangkan karya terbaharu mereka.

Acara itu akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran novelis terkenal Malaysia, Tash Aw.

Penganjuran majlis itu bertujuan untuk menyokong sastera dan budaya Perancis di Malaysia.

Majlis itu juga diadakan bagi meraikan kekayaan kesusasteraan berbahasa Perancis selain membuka peluang kepada orang awam untuk bertemu dengan pengarang berbakat.

Selain sesi bertemu penulis, festival itu juga akan dimeriahkan dengan jualan buku, pameran foto, forum dan wacana, serta bengkel seni untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Alliance Francaise, Kuala Lumpur.

Kredit Foto: Rodrigo Kugnharski/Unsplash

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi