18 Februari 2024, 11:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sabah Sebanyak 21 orang penulis negeri Sabah telah menghadiri Bengkel Pemurnian Buku Dewasa 2024 yang diadakan di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari itu yang bermula pada 16 Februari 2024 merupakan kesinambungan daripada Bengkel Perolehan Buku Dewasa 2023 yang diadakan pada bulan September, tahun lalu.
Bengkel tersebut merupakan kerjasama antara Unit Penerbitan Buku dan Majalah, DBP Cawangan Sabah dengan Bahagian Buku Sastera, DBP. Bengkel yang dibimbing oleh YBhg. Datuk Jasni Matlani, penerima Anugerah S.E.A Write 2015 ini telah mengumpul  hampir 20 buah manuskrip yang terdiri daripada novel, kumpulan cerpen dan antologi cerpen.
YBhg. Datuk Jasni telah memberikan cadangan dan panduan berkaitan dengan hasil penulisan yang baik agar para peserta bengkel dapat menghasilkan karya yang bermutu sejajar dengan kualiti penerbitan DBP. Beliau turut berkongsi pengalamannya dalam dunia penulisan terutamanya yang melibatkan DBP.
Ujar YBhg. Datuk Jasni,
Novel dan cerpen bukan sekadar cerita. Sesebuah karya sastera perlu ada imaginasi, cerita dan fakta. Imaginasi itu penting dalam menggerakkan sesebuah cerita tetapi penulis dinasihatkan supaya tidak terlalu berimaginasi. Karya sastera juga perlu memberikan fakta kepada pembaca. Olahan karya yang baik membolehkan imaginasi itu menanggung fakta dan menggerakkan cerita.
Selain YBhg. Datuk Jasni, bengkel ini turut dihadiri oleh Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, YBrs. Encik Mohd Azam Juhari. Beliau telah memberikan penerangan mengenai spesifikasi dan gerak kerja penerbitan DBP, khususnya buku sastera.
Peserta Bengkel Pemurnian Buku Dewasa 2024 bergambar kenang-kenangan.
Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Encik Mohd Azam Juhari.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.