Diterbitkan pada 25 Jun 2026, 14:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) mengadakan kunjungan hormat kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah untuk membincangkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam menjayakan Malam Gema Sastera (MAGESAS) Siri I/2026 serta Pelancaran Album Bakat DBKK Suara dari Kota.

Pengarah DBPCS, YBrs. Puan Jennitah binti Noordin mengetuai rombongan DBPCS dalam pertemuan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Mayor, Pejabat Mayor, DBKK, pagi tadi.

Menurut perbincangan tersebut, MAGESAS Siri I/2026 serta Pelancaran Album Bakat DBKK Suara dari Kota dijadualkan untuk berlangsung  pada 25 Julai 2026 di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu bersempena dengan Temasya Restu Jiwa Pahlawan Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-70 Peringkat Negeri Sabah.

Pertemuan tersebut turut menyentuh aspek penyelarasan pelaksanaan program serta perincian kerjasama kedua-dua pihak untuk masa akan datang demi memperkasa bahasa, sastera, seni, dan budaya di Sabah.

Karyawan DBPCS yang diketuai oleh Pengarah DBPCS, YBrs. Puan Jennitah binti Noordin dalam pertemuan bersama-sama dengan Mayor DBKK, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah dan karyawan DBKK.
Kredit Foto: DBP Cawangan Sabah
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi