Oleh Nubailah Nasri
24 Oktober 2023, 12:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar –  Persatuan Penulis Perlis (3P) dengan kerjama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Negeri Perlis telah menganjurkan deklamasi puisi kategori terbuka sempena Program Menyemarakkan Seni Budaya Mai Pakat Hingaq @Peghelih di Laman Terbuka JKKN, baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut, Anwar Jamil telah dinobatkan sebagai johan, beliau mendeklamasikan sajak yang berjudul “Camar Setia Pulang”. Manakala tempat kedua disandang oleh Nor Nubailah Nasri dengan sajaknya, “Antara Gendang dan Terinai” dan Afifah Abdullah mendapat tempat ketiga dengan sajaknya yang berjudul “Camar yang Pulang”.

Para pemenang pertandingan, Anwar Jamil, Nor Nubailah Nasri dan Afifah Abdullah bergambar kenang-kenangan sempena Program Menyemarakkan Seni Budaya Mai Pakat Hingaq @Peghelih di Laman Terbuka JKKN, baru-baru ini.

Peserta diminta untuk mendeklamasikan sajak yang terdapat dalam buku; Kalam Qalbu terbitan 3P. Sajak dalam buku tersebut berkisarkan tentang keindahan negeri Perlis. Walaupun julung kali JKKN menganjurkan pertandingan seperti ini, sambutan yang diterima agak memberangsangkan.

Usaha murni seperti ini mampu membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada generasi muda di luar sana untuk terus berkarya. Menurut salah seorang peserta yang menyertai pertandingan, beliau berpendapat pertandingan deklamasi ini juga mampu merapatkan ukhwah di samping mendapatkan pengalaman ketika bersajak.

Pertandingan tersebut diadili oleh Dr. Nor Hashimah Saad, Encik Aswady Ahmad yang merupakan Jurulatih Seni Berbahasa JKKN dan Encik Nor Zaidi Hamad, Setiausaha 3P.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.