Oleh Rasoul Manan
17 Ogos 2023, 10:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Sastera merupakan suatu wadah dan sentiasa hidup”.

Demikian ujaran Encik Saifullizan Yahaya, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ketika diundang dalam program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), baru-baru ini.

Mengulas dengan lebih lanjut, beliau berkata sastera itu sendiri hidup dengan manusia. Hal ini jelas apabila kita menggunakan sajak, syair, novel atau cerpen sebagai medan menzahirkan semangat patriotisme. Katanya,

Sastera menjadi medium untuk menyatakan suara hati.

Dalam melahirkan seseorang yang cinta akan negaranya, sastera menjadi alat dalam menyampaikan sesebuah manifestasi. Misalnya, sewaktu negara dijajah, sastera menjadi medium yang pertama melahirkan suara hati dan meniupkan semangat lantas menyedarkan masyarakat pada ketika itu.

Encik Saifulizan Yahaya ketika menjadi tetamu dalam program ‘Apa Kahabar Malaysia” terbitan BERNAMA.

Antara karya sastera yang sarat dengan mesej perjuangan kemerdekaan ialah novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), puisi “Pada Tanah Yang Indah” nukilan Sasterawan Negara (SN) A. Samad Said, serta beberapa karya lainnya.

Selanjutnya, beliau juga berharap kemajuan teknologi masa kini mampu memudahkan bahan sastera tersebar luas dalam apa jua bentuk. Sebagai contoh, dalam animasi Upin-Ipin dan Omar Hana yang menghiburkan kanak-kanak, penciptanya turut menyelitkan elemen sastera seperti lagu-lagu rakyat yang mampu menerapkan nilai murni dan pengajaran.

Seterusnya, beliau juga turut mencadangkan agar pemain industri dalam pelbagai bidang menggunakan bahan sastera dan mengkomersialkannya secara meluas.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.