Oleh Rasoul Manan
18 Julai 2023, 06:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) YBhg. Dr. Hazami Jahari menjelaskan, di bawah kepimpinan beliau, gerak kerja dan fokus DBP adalah untuk melahirkan karya-karya besar dan kembali memperbanyak wacana ilmu yang berimpak tinggi.

Hal ini dijelaskan beliau ketika menjadi tetamu khas dalam program Wacana Ilmu anjuran Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur pada 16 Julai (Ahad) yang lalu.

YBhg Dr. Hazami Jahari sedang menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan program Wacana Ilmu anjuran PENYAIR di Stor Teater DBP.

Beliau menyambung, “Kita tidak lagi mahu mendendangkan nama-nama yang selalu didengar, seperti Sasterawan Negara (SN) A. Samad Said, SN Usman Awang atau Latiff Mohiddin (kategori sastera), Ungku Aziz, Jomo K.S (ekonomi), Hamka, Syed Naquib al-Attas (agama), dan beberapa nama lagi.

“Kita juga tidak lagi mahu menyebut karya-karya malar segar seperti novel Salina, puisi-puisi Baha Zain, Siri Hikayat, dan beberapa judul dalam pelbagai bidang yang menyentak pemikiran pembaca suatu masa dahulu.

“Perkara ini menyebabkan mutu penerbitan seakan-akan mengucup dan tidak berdaya saing apabila nama-nama baharu tidak meniti di bibir masyarakat,” jelasnya lagi.

Melahirkan karya-karya yang berinti keilmuan.

Oleh itu, DBP sebagai gedung ilmu akan sentiasa mewujudkan ekosistem yang baik kepada khalayak, iaitu dengan memperbanyak wacana, menerbitkan karya-karya yang berkualiti, menggilap dan membina bakat-bakat sastera. Perkara ini juga selari dengan konsep Malaysia MADANI.

Selain itu, beliau juga sedang menyiapkan sebuah novel dan beberapa karya lain. Hal ini kerana beliau terpanggil akan nasihat yang diberi oleh SN Muhammad Haji Salleh, seorang Ketua Pengarah bukan setakat mengurus tetapi turut memiliki karya.

Program Wacana Ilmu ini menampilkan Zaen Kasturi dan Dr. Mohamad Shahidan sebagai panel, termasuk Saifullizan Yahaya yang bertindak sebagai moderator. Majlis turut dihadiri oleh Penasihat PENYAIR, iaitu Datin Barupawati Utamaju, SN Dato’ Rahman Shaari (Presiden PENYAIR), dan Tuan Haji Razali Che Mat, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.