Oleh Asrar Ab Latif
17 Jun 2023, 23:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu –  Malam Festival Puisi Esei Antarabangsa telah diadakan di Dataran Terbuka Kampung Air, semalam. Acara ini diadakan sempena Festival Puisi Esei yang masuk tahun kedua penganjurannya,

Tuan Sr. Lifred Wong, iaitu Timbalan Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah mewakili Datuk Mayor dalam ucapan perasmian. Beliau menjelaskan;

Dalam menuju ke arah kemajuan pembangunan yang pesat, bukan sekadar luaran yang kita hiaskan, malah elemen seperti sastera, seni dan budaya perlu seiring dalam hal ini.

Tuan Sr. Lifred Wong, Timbalan Pengarah mewakili Datuk Mayor DBKK menyampaikan ucapan perasmian sempena Festival Puisi Esei Antarabangsa Ke-2, semalam.

Beliau seterusnya mengajak masyarakat terus mendekati sastera supaya melahirkan sahsiah diri serta pemikiran yang sentiasa maju dan bersedia mendepani cabaran masa kini.

Seterusnya, perwakilan Brunei yang menyertai festival ini, iaitu YM Prof. Madya Ampuan. Dr Haji Brahim dengan bersemangat berharap program seperti ini terus diadakan.

Beliau yang juga merupakan Ketua Satu Angkatan Sasterawan Dan Sasterawani Brunei (ASTERAWANI), berharap festival ini akan sentiasa disuntik idea serta nafas baharu agar peserta yang mengikutinya bersemangat menghasilkan karya lantas menyumbangkan sesuatu kepada komuniti.

YM Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Brahim, Ketua Satu ASTERAWANI menyampaikan ucapan pada Malam Puisi Esei, semalam di Dataran Terbuka, Kampung Air.

YBhg. Datuk Jasni Matlani, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) juga senada berharap festival ini terus mekar berjaya. Beliau turut berhasrat agar Bandaraya Kota Kinabalu menjadi salah satu kota budaya yang melihatkan keindahan sastera, seni dan budaya kepada warga dalam dan luar negara.

Kumpulan Canang Borneo serba hitam dengan persembahan yang memukau penonton sempena Malam Festival Puisi Esei di Kampung Air, semalam.

Sebelum Malam Puisi Esei melabuhkan tirainya, majlis telah diserikan dengan pelbagai persembahan seperti deklamasi puisi, nyanyian oleh Kumpulan Canang Borneo dan Putra Seni dari Brunei.

Kumpulan Putra Seni menyajikan persembahan yang menarik sempena Malam Festival Puisi Esei.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah turut menghantar wakil dalam persembahan nyanyian yang didendangkan oleh Puan Nur Illa Nadhira dengan lagunya “Tari Tualang Tiga oleh Saloma”.

Persembahan Nyanyian oleh Staf DBP Cawangan Sabah, Puan Nur Illa Nadhira.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.