14 Jun 2023, 09:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jitra – Tiga buah karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu kumpulan puisi Payung Yang Membunuh Hujan, Air Mata Permana dan novel sejarah Sepasang Bulan telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek pada Malam Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra, Kedah pada 10 Jun yang lepas.

Kumpulan puisi Payung Yang Membunuh merupakan himpunan karya penyair Ibnu Din Assingkiri dari tahun 2014 hingga 2020.  Puisi yang dihimpun menunjukkan pelbagai bentuk, gaya, laras serta nada dalam menyampaikan pesan dan amanat kepada umum.

Manakala novel sejarah Sepasang Bulan pula menceritakan kisah penglibatan Daeng Perani dalam perebutan takhta kerajaan Johor dan negeri Kedah.

Ketika melancarkan karya-karya tersebut, YB Fadhlina Sidek menegaskan bahawa  apresiasi sastera elemen penting dalam melahirkan pelajar yang berbudi dan memiliki nilai insan yang tinggi.

Selain itu, beliau turut menyambut baik cadangan dan pendapat yang disuarakan oleh guru dan pensyarah dalam bersama-sama membangun dan memperkasakan bidang pendidikan agar selari dengan pembentukan diri setiap pelajar.

Saya memberi jaminan bahawa potensi dan bakat yang ditunjukkan oleh pelajar akan diketengahkan secara meluas.

YB Fadhlina Sidek berucap merasmikan Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kedah seterusnya melancarkan tiga buah karya terbitan DBP di IPDA, Sabtu lepas.

Jelas beliau, bakat-bakat yang ditunjukkan oleh setiap pelajar amat baik dan harus dibawa ketengah supaya masyarakat mengenali permata sebegini. Mereka mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi untuk berjaya.

Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kedah yang dianjurkan merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh IPDA dengan kerjasama DBP bertujuan menyemarakkan bahasa dan sastera di peringkat negeri Kedah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.