Diterbitkan pada 23 Jun 2026, 07:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bukit Mertajam – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara mempelawa para penulis untuk menyertai Sayembara Menulis Puisi Bersempena Sambutan Ulang Tahun DBP ke-70 Peringkat Wilayah Utara 2026.

Penganjuran sayembara ini merupakan salah satu prakarsa bermakna bagi meraikan tujuh dekad penubuhan DBP dalam melestarikan, memartabatkan dan memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan.

Penyertaan ini dibuka bagi memberikan ruang para peserta untuk menterjemahkan kreativiti, kecintaan terhadap bahasa ibunda serta menukilkan estetika jiwa bangsa menerusi bait-bait puisi yang segar dan bermakna.

Bagi menghargai bakat dan mutu karya para peserta, penganjur menawarkan ganjaran tunai berserta sijil penghargaan kepada Johan sebanyak RM1,500 dan sijil penghargaan, diikuti Naib Johan sebanyak RM1,000 serta sijil penghargaan.

Manakala, Tempat Ketiga ditawarkan sebanyak RM500 serta sijil penghargaan dan Hadiah Penghargaan (10 orang pemenang) sebanyak RM300.00 dan sijil penghargaan.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang lahir di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis (Wilayah Utara).

Peserta yang berminat boleh meneliti syarat penyertaan lengkap dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan ini.

Penghantaran karya boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian dengan mengisi borang digital ini sebelum 31 Julai 2026.

Kredit Foto: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi