Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPitas – “Kami mengalu-alukan kehadiran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke Anjung Seni, Kampung Kusilad sempena dengan Malam Citra Puisi.“ Demikian kata-kata yang disampaikan oleh Puan Norlie Masrin, iaitu Pengerusi Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Cawangan Pitas dalam ucapan alu-aluannya.
Malam Citra Puisi dianjurkan bersempena Puisi Esei Antarabangsa Ke-2 dimeriahkan dengan pelbagai acara yang menarik untuk tatapan masyarakat.
Selanjutnya, YBhg. Datuk Jasni Matlani, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia berkata;
Sastera merupakan medium untuk bersama-sama masyarakat. Sastera turut mendekatkan hati kita kepada kebaikan lalu mengukuhkan silaturahim tanpa mengira bangsa dan agama.
Puan Aminah Awang Basar selaku Pengarah DBP Cawangan Sabah, hadir memeriahkan majlis. Beliau merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak BAHASA Cawangan Pitas kerana berjaya mengendalikan program sebegini.
Beliau turut menyempurnakan penyampaian sumbangan buku dan majalah kepada BAHASA Cawangan Pitas bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat di Pitas.
Malam Citra Puisi juga mengundang Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, iaitu YB Datuk Harun Durabi lalu merasmikan majlis tersebut.
Seterusnya beliau melancarkan 9 buah buku antaranya: