Oleh Asrar Ab Latif
14 April 2023, 15:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Beaufort – “Walaupun puisi esei masih baru di negara kita, namun perkembangan genre ini semakin berkembang saban hari”, jelas Tuan Abdullah Haji Ukin merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang mewakili YB Datuk Haji Ruslan Muharam, iaitu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri ketika merasmikan majlis “Pra Festival Puisi Esei” di Hotel Gem, baru-baru ini.

Antara pengisian yang diadakan ialah bengkel puisi esei, bengkel novel dan cerpen.  Barisan penulis dan aktivis sastera yang cukup terkenal seperti Datin Haliza Matali, Encik Juri Durabi, Puan Salvia Rose telah dijemput sebagai panel pembicara. Selain itu, bengkel puisi turut diadakan yang disampaikan oleh Puan Noor Aisyah Maidin.

Para peserta bengkel mendengar bimbingan daripada para panel dalam majlis Pra festival Puisi Esei di Hotel Gem, Beaufort, baru-baru ini.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ybhg. Datuk Jasni Matlani, iaitu Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA). Beliau berkata;

Datuk Jasni Matlani, Presiden BAHASA sedang berucap ketika majlis Pra Festival Puisi Esei di Hotel Gem, baru-baru ini.

BAHASA akan menjalankan dua program secara konsisten setiap tahun iaitu Festival Puisi Esei Antarabangsa dan Festival Penulis Antarabangsa Sabah.

Usaha ini akan disokong sepenuhnya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS). Ujar Puan Aminah Awang Basar selaku Pengarah DBPCS;

Inisiatif yang diusahakan oleh BAHASA sangat baik dengan mengundang aktivis sastera dan penulis Sabah yang prolifik untuk berkongsi idea kepada para pelajar dan masyarakat.

Seterusnya beliau menyumbangkan buku yang bernilai RM500.00 kepada Pusat Sumber PBBS.

Puan Aminah Awang Basar menyampaikan sumbangan buku kepada Tuan Abdullah Haji Ukin.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.