21 Mac 2023, 18:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Lenggong – Penghasilan karya kreatif seperti puisi berkaitan rapat dengan elemen alam flora dan fauna.

Perbincangan alam sebagai sumber ilham dikongsikan oleh Nik Mohd Iznan Yaakub atau lebih dikenali sebagai Nimoiz T.Y. kepada lebih 40 orang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak pada 17 Mac lepas.

Nimoiz T.Y. mengatakan lagi bahawa alam memberikan makna tertentu melalui suara alam yang didengari, panorama yang dilihat oleh mata dan persentuhan alam dengan tangan.

Nimoiz T.Y. sedang memberikan penerangan tentang karya kreatif di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak pada 17 Mac lepas.

Puisi-puisi tersohor bertemakan alam sekitar yang dihasilkan oleh penulis tempatan telah dirungkai untuk menunjukkan bahawa alam mampu memberikan makna tertentu yang indah dan sarat ilmu dalam karya kreatif.

Selepas sesi perkongsian tersebut, Nimoiz T.Y. menyertai rombongan dan melawat ke tapak dan galeri arkeologi Lenggong dengan panduan dari Encik Azizol Rahman Zainol, pegawai Pusat Arkeologi Lembah Lenggong.

Rombongan rehlah ilmiah KIAS yang terdiri daripada para pelajar semester pertama mendapat pendedahan secara langsung tentang peradaban terawal di Malaysia melalui program ini.

Mereka turut membuat eksplorasi ke Gua Kajang dan Gua Asar untuk melihat sendiri tapak peninggalan manusia era Paleolitik dan Neolitik. Unsur pensejarahan yang didapati daripada eksplorasi ini juga dapat dijana sebagai ilham pengkaryaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.