Oleh Rosalina Awang
17 Mac 2023, 09:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Johor Bahru Norliza Md. Yamin dinobatkan sebagai johan Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik bersempena Gerakan Membaca 2023, di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) pada 15 Mac lepas.

Tuan Haji Razali Che Mat menyampaikan hadiah johan pertandingan kepada Norliza Md. Yamin di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor pada 15 Mac lalu.

 

Kemenangan tersebut membolehkan Guru Cemerlang Kebudayaan dari negeri Melaka ini membawa pulang wang tunai RM800. Teks naskhah Melayu klasik yang dipilih dalam pertandingan kali ini ialah Syair Nabi Ayub Alaihissalam, yang merupakan koleksi manuskrip dan buku nadir simpanan Pusat Dokumentasi Melayu DBP.

Sementara itu, naib johan dimenangi oleh Muhamad Fadzli Yassin yang membawa pulang wang tunai RM600. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Izranuddin Jelani yang meraih wang tunai RM500.

Norliza Md Yamin, johan (Tengah), Muhamad Fadzli Yasin, naib johan (kiri), Mohd Izranuddin Jelani, tempat ketiga (kanan).

Seterusnya, Akilul Nazar Arbain, Muhammad Samir Afnan Zulkifli dan Zusyafirah Zulkifli menerima hadiah sagu hati sebanyak RM200.

Seramai 10 orang peserta yang terpilih daripada 40 penyertaan bertanding pada peringkat akhir pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama PPAJ.

Barisan peserta akhir Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik bergambar kenang-kenangan.

Turut hadir ialah Encik Nik Aman Nik Yusoff, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu DBP, Encik Mohd. Riduwan Wahab, Pengarah DBP Wilayah Selatan dan Encik Saiful Abdullah, Wakil Pengarah PPAJ Johor.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.