Diterbitkan pada 23 Jun 2025, 16:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Johor Bahru – Sempena sambutan kemerdekaan tahun ini, Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-39 Peringkat Negeri Johor tahun 2025 bakal dianjurkan pada 5 Julai 2025 bertempat di Rumah Citra Sri Pinang, Benut, Johor.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Persatuan Penulis Johor (PPJ), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dengan Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ), yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam bidang seni deklamasi puisi serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.

Acara ini akan bermula pada pukul 8.15 pagi hingga 2.00 petang dan terbuka kepada individu yang berminat untuk mendeklamasikan puisi bertemakan kemerdekaan.

Para peserta dikehendaki mendaftar secara dalam talian melalui pautan ini atau dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster. Tarikh tutup penyertaan ialah 1 Julai 2025, jam 5.00 petang.

Peserta dinasihatkan untuk mendaftar lebih awal memandangkan penyertaan adalah terhad.

Sebarang pertanyaan berkaitan syarat-syarat penyertaan boleh diajukan kepada:

  • Encik Mohd Khatim Othman (019-7319966)
  • Encik Roslan Yatiman (011-32369561)
  • Puan Azura Halid (018-4059338)
  • Puan Hajah Siti Hajar Elah (019-3496734)
Kredit Foto: Persatuan Penulis Johor dan Mohd Safri/Unsplash
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi