Oleh Rosalina Awang
16 Mac 2023, 17:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Johor Bahru – Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik sempena Gerakan Membaca 2023 memperkenalkan naskhah Melayu klasik yang terkandung di dalamnya nilai, pemikiran dan ilmu kepada masyarakat.

Pertandingan ini juga mengangkat martabat bahasa Melayu dan tulisan Jawi selain memperkenalkan buku nadir dan manuskrip Melayu seperti naskhah Syair Nabi Ayub alaihissalam.

Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik berjaya mengangkat martabat bahasa Melayu dan tulisan Jawi seiring usaha dan gerakan kerajaan negeri Johor untuk muncul sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025.

Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Tuan Haji Razali Che Mat sedang berucap di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor pada 15 Mac lalu.

Demikian kata Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Tuan Haji Razali Che Mat ketika berucap merasmikan Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik Malaysia di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. Pertandingan tersebut merupakan anjuran Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.

Manuskrip Melayu merupakan warisan para intelektual Melayu terdahulu yang kaya dengan nasihat dan nilai murni untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat. Jelas Tuan Haji Razali lagi,

Manuskrip Melayu meninggalkan berjuta ilmu dan nilai baik yang sangat berguna untuk menghadapi pengaruh arus pemodenan dan revolusi industri yang melanda dunia teknologi pada hari ini.

Melalui pertandingan ini juga, naskhah Melayu klasik dapat dipersembahkan dengan cara kreatif menerusi pelbagai kaedah pembacaan yang dapat minat masyarakat.

Naskhah klasik Syair Nabi Ayub alaihissalam yang diangkat dalam pertandingan ini merupakan nukilan Umar bin Muhammad Khan pada tahun 1937 yang diterbitkan oleh Singapore Press.

 

 

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.