Diterbitkan pada 3 Mac 2023, 10:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Alor Setar – Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dengan kerjasama Menara Alor Setar telah mengadakan Program Santai Seni yang diadakan di Perkarangan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah .

Program Santai Seni adalah program bulanan yang memberi rungan kepada PENTAS untuk memainkan peranan dalam menyuburkan aktiviti sastera dan budaya. Dengan konsep persembahan terbuka sebegini dapat menarik minat orang ramai untuk menghayati sastera dan budaya secara santai.

Menurut pengarah program, Zulkamal Ismail atau nama penanya Joe KAS;

Program yang diadakan itu bertujuan untuk menyemarakkan serta mendekatkan masyarakat kepada bahasa, sastera dan budaya di negeri ini.

Antara peserta yang memeriahkan program.

Antara persembahan yang diadakan pada malam itu ialah tarian oleh Shasharose Dancer, deklamasi puisi oleh penyair Negeri Kedah, fragment dari novel Ranjau Sepanjang Jalan dan persembahan nyanyian.

Persembahan deklamasi puisi oleh peserta program.

Peserta yang terlibat terdiri adalah pelajar-pelajar dari sekitar daerah Kota Setar, Sungai Petani dan Padang Terap.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi