21 Mac 2023, 09:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) bagi tahun 2023 untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman ahli selain memperkembangkan kegiatan kesusasteraan dalam kalangan masyarakat.

Bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman para ahli, ASASI telah merancang menghantar seramai 10 orang ahli ke simposium antarabangsa yang bakal diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada bulan Mei ini.

Menurut ketua 1 ASASI, Abu Hassan Morad berkata;

Peluang sebegini harus direbut supaya ahli menambah ilmu berkaitan sastera dan akhirnya berjaya menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ASASI Kali ke-48 yang diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah pada 11 Mac lepas.

Selain itu, ASASI juga turut merancang untuk mengadakan lawatan ke Phuket, Thailand untuk bertemu dengan generasi ketujuh Mahsuri yang bernama Aisyah yang masih lagi hidup.

ASASI juga akan bergerak ke Universiti of Songkhla, Thailand untuk memberikan ceramah tentang penulisan dan kesusasteraan kepada para pelajar di universiti berkenaan.

Selanjutnya, ASASI juga turut merancang untuk mengadakan Kem Sastera yang bakal menghimpunkan para pelajar Tingkatan Enam di seluruh negeri Kedah bagi tujuan mendedahkan perkara berkaitan kesusasteraan Melayu.

Barisan ahli jawatankuasa sedang bermesyuarat menyusun agenda ASASI bagi tahun 2023 pada 11 Mac lalu.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.