3 Januari 2024, 15:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Program Santai Seni anjuran Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) telah diadakan di pekarangan Menara Alor Setar, baru-baru ini.

Tujuan program ini adalah mendekati masyarakat melalui seni sastera dan budaya, seterusnya menyemarakkan lagi bidang ini di negeri Kedah.

Menurut Mohd Zulkamal Ismail atau Joe KAS, ahli PENTAS, program yang dilakukan ini telah memberi ruang kepada pihaknya untuk memainkan peranan dalam menyubur seni sastera dan budaya di Menara Alor Setar.

Deklamasi puisi oleh aktivis sastera.

“Kita melihat pada hari ini, masyarakat sudah mula membuka mata untuk mendekati sastera dan budaya. Oleh itu sebagai aktivis seni, kita harus menjaga dan memelihara budaya tempatan agar terus berkembang”.

Menurut beliau lagi, setiap kali pihak PENTAS mengadakan persembahan di Menara Alor Setar, seramai 400 hingga 500 orang pasti akan hadir menyaksikan persembahan yang disampaikan oleh para penyair dan penari kebudayaan negeri.

Antara persembahan yang diadakan pada malam itu ialah persembahan deklamasi puisi dan persembahan tarian kebudayaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.