Diterbitkan pada 4 Januari 2023, 16:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Alor Setar – Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dengan kerjasama Menara Alor Setar  telah berjaya menganjurkan Malam Puisi Santai Seni PENTAS yang diadakan di Dataran Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah pada 30 Disember 2022.

Program yang dianjurkan melibatkan pelajar sekolah rendah dan  menengah sekitar daerah tersebut. Mahasiswa universiti tempatan serta persatuan-persatuan sastera dan budaya turut memeriahkan acara ini. Antara penyajak-penyajak terkenal yang terlibat dalam program ini ialah Puzi Hadi, Zaidin Abadi, Hamizun Syah dan Shamsudin Ahmad.

Penyair Puzi Hadi sedang mendeklamasi sajak.

Menurut Pengarah Program, Mohd Zulkamal Ismail, program yang bermula pada jam 8:45 malam hingga 10:30 malam itu diadakan untuk mendekatkan masyarakat dengan seni budaya dan sastera. Persembahan syair dan bacaan puisi yang memukau menarik perhatian para penonton.

Program yang dianjurkan ini secara tidak langsung dapat mengerakkan aktiviti budaya dan sastera malah memberikan pulangan dalam sektor ekonomi kepada pihak tempatan.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi