10 Mac 2023, 16:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah mengadakan “Program Santai Seni” yang telah diadakan di Pusat Beli Belah Langkawi Fair, Pulau Langkawi pada 26 Februari lepas.

Menurut pengarah program, Mohd Zulkamal Ismail atau lebih dikenali sebagai Joe KAS, program yang diadakan itu bertujuan untuk menyemarakkan dan mendekatkan golongan masyarakat kepada seni, sastera dan budaya di negeri Kedah. Program Santai Seni merupakan program bulanan persembahan terbuka PENTAS secara santai.

Sebahagian persembahan yang disajikan kepada penonton di program ini.

Antara persembahan yang diadakan dalam program tersebut ialah persembahan monolog plastik oleh ahli PENTAS, persembahan puisi artistik  yang berjudul “Pesan Ayah” oleh Shaiful Amir (Johan Puisi Artistik Kebangsaan 2022) dan persembahan Fragmen “Ranjau Sepanjang Jalan” (Johan Festival Teater Kedah 2019).

Program pada malam itu juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Azumi The Penthemix  dengan lagu yang berjudul “Selagi Bernyawa” dan lagu popular yang lain.

Azumi The Penthemix sedang menghiburkan penonton dengan nyanyiannya.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.