13 Jun 2023, 09:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jitra – Selepas Negeri Selangor dan Kelantan, Kedah merupakan negeri ketiga menganjurkan Festival Bahasa dan Sastera. Program ini membabitkan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Institut Perguruan Darul Aman (IPDA).

Kerjasama yang diberikan ini secara tidak langsung mampu meningkatkan pengembangan bahasa dan sastera dalam kalangan pelajar.

Tuan Haji Mohd Salahuddin Datu Paduka Mohamed, pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP menegaskan kerjasama yang erat membuahkan kejayaan dalam menjayakan Festival Bahasa dan Sastera di IPDA, Kedah.

Demikian jelas Tuan Haji Mohd Salahuddin Datuk Paduka Mohamed, iaitu pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP.

Beliau turut menjelaskan, festival ini akan bergerak ke beberapa buah negeri lagi dalam memastikan bahasa dan sastera terus berkembang.

Sebahagian tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Penutupan Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kedah.

Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kedah berlangsung selama dua hari ini berlangsung dengan jayanya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas, apabila semua program yang diadakan, mendapat sambutan yang meriah dan membuahkan hasil.

Rektor, YBrs. Dr. Rosli Yacob turut senada menyokong festival sebegini diadakan dan berharap kerjasama yang wujud akan terus diperkasa dalam memastikan program ini lebih bersemarak.

YBrs. Dr. Rosli Yacob merakam ucapan terima kasih kepada pihak DBP yang menganjurkan program sebegini di Kedah.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.