Oleh Harlym Yeo
2 Mac 2023, 16:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bukan saingan kepada persatuan sastera, sebaliknya merupakan payung dan penyedia kemudahan, kepakaran dan dana bagi melaksanakan kegiatan memperkasakan bahasa dan sastera selaras dengan agenda Perkara 152 Bahasa Kebangsaaan.

Semasa berucap dalam program apresiasi puisi anjuran Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari dengan jelas menekankan:

Dr. Hazami ketika berucap dalam program Apresiasi Puisi PEMUISI.

Fokus DBP adalah untuk meningkatkan serta menerbitkan karya yang bermutu, dan menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan bidang dan fungsi DBP. Oleh itu, persatuan atau badan pemikir boleh bekerjasama bersama-sama dengan DBP  bagi membantu kerja sebegini.

Sebelum itu, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hamad Kama Piah Che Othman, penaung PEMUISI yang juga ahli Lembaga Pengelola DBP turut menyatakan bahawa aktiviti berpuisi seperti menulis puisi bukan setakat terapi tetapi juga merupakan suatu pendekatan untuk menjadikannya ilmu yang boleh menjadi teladan kepada khalayak pembaca.

Beliau menyeru agar usaha kerjasama antara DBP dengan persatuan dapat dimantapkan dengan tujuan lebih banyak karya bermutu dihasilkan dan mengangkat karya agung pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga berharap aktiviti puisi yang dijalankan oleh PEMUISI mendapat sokongan umum yang akhirnya dapat membijaksanakan masyarakat.

Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hamad Kama Piah selaku penaung PEMUISI.

Presiden PEMUISI, Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim dalam ucapannya mengungkapkan tentang tema program iaitu ‘Masyarakat Madani, Negara Harmoni’. Jelasnya,

Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim bersemangat ketika berucap dalam program yang dianjurkan oleh PEMUISI.

PEMUISI akan bergerak untuk memajukan dan menyuburkan pemikiran kepada masyarakat, menyedarkan masyarakat untuk membaiki kehidupan dan membentuk hubungan masyarakat yang lebih harmoni selaras dengan hasrat kerajaan, iaitu Membangun Malaysia Madani.

Program ini telah disemarakkan dengan acara apresiasi puisi oleh Sasterawan Negara ke-13 yang juga Penasihat PEMUISI, Dato’ Dr. Zurinah Hassan, Dr. Raja Rajeswari Setha Raman, Cikgu Awang Abdullah, Miemie GM, Ezad SS, Man Bakrie, Sani Sudin, Lin Haslinaz, Harlym Yeo, Dr. Zainatul Shuhaida Abdul Rahman, Maslinah Yusof, Iwan Harnain Marhimas @Dani, Julia Ikin, dan Yanz Hamzah.

Program ini juga turut diserikan dengan pendeklamasi cilik berpotensi besar seperti Muzaffar, Maaadah, Chun Jay Shin, Hung Jun Yi, dan Alif Danish.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.