Oleh Firdaus Mul
24 Ogos 2023, 15:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sempena sambutan 60 tahun Muzium Negara, Encik Zamrul Amri Zakaria, iaitu Pengarah Muzium Negara, Jabatan Muzium Negara, telah dijemput dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), baru-baru ini.

Menurut beliau, Hari Muzium Negara akan berlangsung mulai 31 Ogos hingga 3 September 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada orang ramai.

Antaranya, Gema Puisi 60 tahun Muzium Negara. Seramai 30 orang pemuisi dari seluruh negara akan ditampilkan dalam majlis tersebut, malah turut ditampilkan juga Sasterawan Negara (SN) untuk mendeklamasikan puisi. Artis terkenal tanah air, Datuk Ramli Sarip juga akan mendendangkan beberapa lagu, kelak.

Encik Zamrul Amri Zakaria, iaitu Pengarah Muzium Negara, Jabatan Muzium Negara menjelaskan pelbagai kegiatan akan diadakan sempena 60 tahun Muzium Negara sewaktu ditemu ramah dalam rancangan SPM, baru-baru ini.

Selain itu, Majlis Apresiasi Media dan Rakan Strategik, Konsert mini, serta Larian 60 tahun Muzium Negara turut diadakan. Dalam menarik golongan remaja melawat muzium, pertandingan E-sukan akan turut diadakan.

Terdapat juga tiga pameran utama yang diadakan iaitu pameran 60 tahun Muzium Negara Satu Retrospektif, pameran Malaysia Tanah Airku dan pameran Evolusi Mata Wang yang akan diadakan di ruang tengah Muzium Negara.

Menariknya, bersempena dengan Hari Kebangsaan, tiket masuk ke muzium akan diberikan secara percuma kepada orang ramai. Jelas beliau;

Saya sangat berharap agar ibu bapa dapat membawa anak-anak ke muzium.

Muzium merupakan gedung warisan, di situlah bermulanya tamadun dan hadirin yang hadir akan mengetahui sejarah dan informasi dengan lebih lengkap.

Maklumat lanjut mengenai program berkenaan boleh diperolehi di portal rasmi atau akaun media sosial Jabatan Muzium Negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.