8 September 2023, 16:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bachok – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Konvesyen Pemuisi Sedunia (KONPES) ke-2 anjuran Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) dengan kerjasama Kumpulan UMW serta Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT), di Pantai Chap, semalam.

Dalam majlis tersebut sebanyak tiga buah karya terbitan DBP, PEMUISI dan Kumpulan UMW iaitu buku Siri Warisan Sastera Klasik: Hikayat Tuan Puteri Saadong, Antologi Puisi UMW: Meneka Keakraban dan Antologi Puisi KONPES: Gelombang Kemanusiaan turut diluncurkan oleh beliau.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat telah merasmikan KONPES dan meluncurkan tiga karya terbitan DBP, Kumpulan UMW dan PEMUISI di Bachok.

Sebelum itu, Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim selaku Presiden PEMUISI  telah mewakili Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hamad Kama Piah Che’ Othman, penaung PEMUISI dan merupakan Pengerusi Kumpulan UMW mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri ke KONPES.

Jelas beliau, bahawa puisi mula diminati dan diceburi bukan sahaja dalam kalangan orang sastera, tetapi juga mereka mereka yang bergelar ahli profesional dan korporat. Sebagai contoh, Kumpulan UMW telah berjaya menubuhkan Kelab Kreatif UMW yang aktif menjalankan aktiviti puisi dan akhirnya berjaya menerbitkan buku sulung kumpulan tersebut.

Karya-karya yang dilancarkan terbitan DBP, PEMUISI dan Kumpulan UMW iaitu buku Siri Warisan Sastera Klasik: Hikayat Tuan Puteri Saadong, Antologi Puisi UMW: Meneka Keakraban dan Antologi Puisi KONPES: Gelombang Kemanusiaan sempena KONFES.

Selain itu, dengan adanya program sebegini telah memberi banyak faedah terutamanya kepada golongan pemuisi untuk menambah pengetahuan dan berinovasi ketika berkarya. Pelbagai aktiviti telah direncanakan dalam memeriah penganjurannya, sebagai contoh pelancaran buku, sesi forum dan diskusi buku, serta persembahan puisi dan budaya.

Malahan, sebanyak tujuh kertas konvensyen akan dibentangkan oleh pemakalah-pemakalah hebat di dalam dan luar negara manakala ucap utama konvensyen telah disampaikan oleh Sasterawan Negara (SN) Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh berkenaan “Puisi Berkata-kata kepada Nilai dan Teras Kemuliaan Manusia”

SN Muhammad Haji Salleh sewaktu menyampaikan ucap utama KONFES di Bachok.

Turut hadir menjayakan program adalah Datuk Dr. Maziah Che’ Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Puan Norita Ab Hamid, Ketua Bahagian Budaya dan Penglibatan Pekerja mewakili pengurusan Kumpulan UMW serta Puan Ariza Che Ismail, Pengarah DBPWT.

SN Datuk Dr. Zurinah Hassan, dan Dato’ A. Aziz Deraman juga hadir menyerikan KONFES.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.