21 Februari 2023, 15:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Malam Santai Seni Kinabalu 2023 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah diadakan di Lintasan Deasoka bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-23 Bandaraya Kota Kinabalu pada 18 Februari lepas. Majlis yang julung-julung kali diadakan tersebut adalah bertujuan untuk menyantuni segenap lapisan masyarakat melalui program baca puisi dan nyanyian lagu puisi.

YBhg. Haji Awang Shuib Haji Awang Wahab, Pengarah DBP Brunei Darussalam sedang membaca puisi.

Majlis tersebut dimulakan dengan persembahan pembukaan lagu “Sumandak Sabah” dan beberapa lagi nyanyian solo oleh para artis DBKK. Wakil daripada persatuan penulis juga tidak ketinggalan untuk membaca puisi yang bertemakan “Sayangi Bandarayaku”. Antara yang membaca puisi tersebut ialah Kathrina Susanna Taim (MOMOGUNSIA), Kasmah Osingang (Persatuan Karyawan Sastera Utara), Awang Abdul Muiz Awang Marusin (Ikatan Penulis Sabah), Maslinah Yusof (Persatuan PEMUISI Nasional) dan Ardiansyah Wayang (Persatuan D’Bayu).

Antara tetamu kehormat yang hadir.

Selain itu, majlis ini turut menampilkan acara Baca Puisi Khas yang dijayakan oleh barisan tetamu kehormat pada malam tersebut. Kumpulan pemuzik jalanan iaitu Kumpulan Irama Warisan turut mempersembahkan lagu-lagu etnik dan puisi.

Turut hadir memeriahkan malam tersebut ialah YBhg. Datuk Noorliza Awang Alip, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Aminah Awang Basar, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Rosnah Datu Tumai, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan DBKK, Tuan Haji Awang Shuib Haji Awang Wahab, Pengarah DBP Brunei Darussalam dan Encik Mahathir Abd. Hamid, Pengarah Hal Ehwal Korporat Perbadanan Labuan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.