Oleh Firdaus Mul
9 Februari 2023, 10:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Rancangan “Sana Sini” anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka telah menampilkan Dr. Ayu Haswida Abu Bakar bagi mengumumkan hebahan berkenaan Seminar Kesusasteraan Kedah yang julung-julung kalinya dianjurkan dan bakal berlangsung selama dua hari, yakni pada 10 sehingga 11 Februari 2023. Seminar tersebut akan diadakan di Perpustakaan Negeri Kedah, Alor Setar Kedah.

Dalam pada itu juga, menurut Dr. Ayu Haswida, bagi individu yang berminat untuk mengikuti seminar tersebut melalui siaran secara dalam talian bolehlah mengikutinya menerusi platform rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka di Youtube, Facebook, Twitter, dan Jendela DBP pada hari seminar tersebut.

Seminar Kesusasteraan Kedah yang bakal dianjurkan tersebut merupakan program kerjasama antara Program Penulisan Pengajian Seni Liberal, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara dengan Dewan Bahasa dan Pustaka  Wilayah Utara, Perpustakaan Negeri Kedah dan Angkatan Sasterawan Nasional Negeri Kedah (ASASI).

Tambah beliau lagi, penganjuran seminar ini akan memfokuskan tiga tema utama, iaitu yang merangkumi kesusasteraan negeri Kedah, Sastera Rakyat Kedah, dan Tokoh Sastera Kedah. Seminar tersebut akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP. Selain itu, beliau juga dinyatakan akan memberikan ucaptama seminar pada 11 Februari 2023.

Selanjutnya, Dr. Ayu Haswida juga turut menjelaskan tujuan utama penganjuran seminar adalah bagi mengetengahkan kesusasteraan negeri Kedah melalui perdebatan, perbincangan dan ilmu yang bakal dikongsi oleh para panel. Hasil yang diperoleh daripada seminar tersebut juga akan dibukukan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.