17 Ogos 2022, 11:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Serdang – Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022: Siri Satu telah dilancarkan pada 8 Ogos 2022 bertempat di Dewan Za’ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Penganjuran Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022: Siri Satu sebagai siri pembukaan telah dijayakan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Perlis (uniMAP), Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

YBhg. Prof Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman sedang berucap.

Penganjuran Program Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2002: Siri Satu menurut YBhg. Prof Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM menyerlahkan tanggungjawab rakyat Malaysia untuk sentiasa memupuk semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara Malaysia yang berdaulat. Hakikatnya, meskipun konsep pengajian awal di UPM berorientasikan bidang pertanian, iltizam untuk mengangkat martabat bahasa Melayu, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu sama sekali tidak diabaikan.

Saya berkeyakinan bahawa program ini mampu mewujudkan semangat kecintaan kepada negara dan menyebarluaskan semangat perjuangan melalui puisi.

Abot, penyanyi rock alternatif turut mendeklamasikan puisi.
Dato’ Dr. Rahman Shaari sedang mendeklamasikan puisi.

Pelancaran program tersebut dimeriahkan dengan deklamasi puisi bertemakan kemerdekaan oleh Sasterawan Negara (SN) Dato Dr. Rahman Shaari, Dr. Rajeswari Seetha Raman, Abot, Prof Madya Dr. Jessica Ong Hai Liaw, Bung Zaman, Puan Aya Rohaiyah dan Razali Mohd Yussoff. Antara tetamu kehormat lain yang hadir ialah Prof Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM dan Prof. Dato’ Dr. Abdul Muati, Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) UPM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.