Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangTerasa Sekali
(Mengenang Allahyarham Profesor Diraja Terpuji Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas)
Dia sudah kembali,
para murid pilu sekali.
Pada dirinya
ilmu mencapai angkasa,
isi ajaran kami ulangi,
hujahan logika, pernyataan sufi.
Bangga pelajar
yakin pada susuk pintar
membuat akal terpupuk segar.
Syed Muhammad Naquib al-Attas,
penyalur ilmu amat berbekas,
berakal cerdas.
Dia pendidik mendalam faham,
madahnya lampu di ceruk kelam,
tahap tinggi ilmuwan sejati
katanya jasmani itu zahiri, hayawani,
ruhanilah yang hakiki, insani.
Dihadiahi kami hujah tersusun,
asasnya addin, terbina tamaddun.
Tidak akan kami lupa,
sastera bukan tumpukan gaya,
ilmu mendahului segala.
9.3.2026 – 14.3.2026