Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangAlor Setar – Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah mengadakan “Program Santai Seni” yang telah diadakan di Pusat Beli Belah Langkawi Fair, Pulau Langkawi pada 26 Februari lepas.
Menurut pengarah program, Mohd Zulkamal Ismail atau lebih dikenali sebagai Joe KAS, program yang diadakan itu bertujuan untuk menyemarakkan dan mendekatkan golongan masyarakat kepada seni, sastera dan budaya di negeri Kedah. Program Santai Seni merupakan program bulanan persembahan terbuka PENTAS secara santai.
Antara persembahan yang diadakan dalam program tersebut ialah persembahan monolog plastik oleh ahli PENTAS, persembahan puisi artistik yang berjudul “Pesan Ayah” oleh Shaiful Amir (Johan Puisi Artistik Kebangsaan 2022) dan persembahan Fragmen “Ranjau Sepanjang Jalan” (Johan Festival Teater Kedah 2019).
Program pada malam itu juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Azumi The Penthemix dengan lagu yang berjudul “Selagi Bernyawa” dan lagu popular yang lain.