Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKota Kinabalu – Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) mengadakan kunjungan hormat kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah untuk membincangkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam menjayakan Malam Gema Sastera (MAGESAS) Siri I/2026 serta Pelancaran Album Bakat DBKK Suara dari Kota.
Pengarah DBPCS, YBrs. Puan Jennitah binti Noordin mengetuai rombongan DBPCS dalam pertemuan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Mayor, Pejabat Mayor, DBKK, pagi tadi.
Menurut perbincangan tersebut, MAGESAS Siri I/2026 serta Pelancaran Album Bakat DBKK Suara dari Kota dijadualkan untuk berlangsung pada 25 Julai 2026 di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu bersempena dengan Temasya Restu Jiwa Pahlawan Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-70 Peringkat Negeri Sabah.
Pertemuan tersebut turut menyentuh aspek penyelarasan pelaksanaan program serta perincian kerjasama kedua-dua pihak untuk masa akan datang demi memperkasa bahasa, sastera, seni, dan budaya di Sabah.
