Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuantan – Kelab Deklamator Pahang dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Pahang menganjurkan Sayembara Penulisan Puisi Pahang 1st 2026 untuk menggalakkan rakyat Pahang berkarya berdasarkan tema “Aspirasi Pahang 1st”.
Penyertaan terbuka kepada rakyat negeri Pahang dan pemastautin di negeri Pahang yang berumur 18 tahun ke atas.
Hadiah yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
Johan: RM1,000.00 dan sijil penghargaan
Naib Johan: RM800.00 dan sijil penghargaan
Tempat Ketiga: RM500.00 dan sijil penghargaan
Sagu Hati (empat pemenang): RM200.00 dan sijil penghargaan
Karya mestilah asli, ditulis dalam bahasa Melayu, belum pernah diterbitkan dalam mana-mana media bercetak dan digital, belum pernah memenangi sebarang pertandingan, bebas unsur kecerdasan buatan serta tidak menyentuh isu-isu sensitif.
Semua penyertaan yang diterima akan dinilai berdasarkan aspek keaslian idea, kekuatan bahasa dan estetika, mempunyai nilai pemikiran yang tinggi, penghayatan tema dengan tepat serta keindahan gaya penyampaian.
Karya beserta butiran peribadi, judul puisi dan akuan keaslian karya perlulah di-e-mel kepada [email protected] sebelum atau pada 16 Jun 2026. Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.
