Putrajaya– Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2021/2022 menyaksikan keunggulan karya sastera tanah air terus disemarakkan apabila sebanyak 45 orang penulis menerima pengiktirafan tertinggi dalam dunia kesusasteraan Melayu, dengan lima daripadanya mencipta sejarah peribadi apabila memenangi lebih daripada satu kategori.
Penulis prolifik Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana, Allahyarham), Dr. Mawar Safei, Zean Kasturi, Saifullizan Yahaya, Abang Median Abang Said, dan Siti Jasmina Ibrahim muncul sebagai antara tumpuan utama apabila berjaya meraih kemenangan dalam dua kategori berprestij, iaitu Kategori B: Esei/Kritikan Sastera Eceran (Makalah Separa Ilmiah), Cerpen Eceran, Puisi Eceran, Drama Eceran, serta Kategori A: Buku/Kumpulan Karya.
Menurut pemerhati sastera, kemenangan berganda itu dilihat sebagai pencapaian luar biasa yang menonjolkan kepelbagaian dan kekuatan mereka dalam pelbagai bentuk penulisan.
“Saya tidak pernah menjangkakan untuk menang dalam dua kategori. Menurut saya, dalam lapangan sastera ini saingan antara kami (penulis) amat sengit.
“Apa-apa pun saya menganggap kemenangan ini merupakan rezeki buat saya,” kata Abang Median Abang Said ketika ditemui selepas majlis yang berlangsung di Hotel Zenith.
Sementara itu, Dr. Mawar Safei yang turut merangkul anugerah utama bagi Kategori A: Buku/Kumpulan Karya turut berkongsi rasa gembira apabila ditanya, adakah beliau turut menjangkakan kemenangan berganda itu.
Kongsinya, “Saya sememangnya tidak menyangka akan memperoleh kemenangan berganda ini, lebih-lebih lagi bagi kategori utama.”
Anugerah HSPM mengiktiraf sebanyak 50 karya yang diterbitkan sepanjang tahun 2021 hingga 2022 dalam pelbagai genre, antaranya termasuklah puisi, cerpen, drama, esei/kritikan, kajian sastera, dan novel.
Kesemua karya yang menang telah diterbitkan dalam media cetak seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, atau skrip drama yang dipentaskan.
Dalam HSPM 2021/2022 kali ini, barisan panel telah menilai lebih daripada 3,500 penyertaan.
Berikut merupakan senarai penuh penerima mengikut kategori:
Kategori A: Buku/Kumpulan Karya –
Novel Phensi karya Prasert Eh Chai (DBP, 2022)
Kumpulan Cerpen Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya karya Mawar Safei (DBP, 2021)
Kumpulan Puisi Bara Hujan karya Rudi Mahmood (Kata-Pilar, 2021)
Buku Esei/Kritikan Sastera Kepengarangan Sastera Melayu Pascamoden karya Mana Sikana (DBP, 2022)
Buku Kajian Sastera Hegemoni Kepengarangan A. Samad Ismail karya Azhar Wahid (DBP, 2022)
Buku Biografi Sasterawan Negara Keris Mas: Melepasi Gerhana karya A. Rahim Abdullah (DBP, 2022)
Kategori B: Puisi Eceran –
“Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura” karya Zurinah Hassan (Dewan Sastera, Januari 2021)
“Dari Senja hingga Senja Lagi” karya Zean Kasturi (Dewan Sastera, April 2021)
“Hikayat Esok” karya Abizai (Suara Sarawak, 11 April 2021)
“Penjual Doa” karya Abdul Mubin Ismail (Dewan Sastera, Jun 2021)
“Gawat Musim Gelora” karya Rem Dambul (Dewan Sastera, Januari 2021)
“Perahu Upaya” karya Shapiai Mohd. Ramly (Dewan Sastera, Mei 2021)
“Lidah yang Dirindui Ular” karya Norawi Hj. Kata (Dewan Sastera, Julai 2021)
“Mot Juste” karya Raihani Mohd. Saaid (Dewan Sastera, September 2021)
“Lelaki yang Kehilangan Kunci” karya Ratna Laila Shahidin (Dewan Sastera, September 2022)
“Pencuri Pakaian” karya Zamhari Bakti (Dewan Sastera, Ogos 2022)
Kategori B: Cerpen Eceran –
“Mencari Air Ulung” karya Zean Kasturi (Dewan Sastera, Januari 2021)
“Simone” karya Hafizah Iszahanid (Dewan Sastera, Februari 2021)
“Kisah Sebuah Rumah yang Tidak Pernah Selesai” karya Saifullizan Yahaya (Dewan Bahasa, Ogos 2022)
“Gergasi” karya Lokman Hakim (Dewan Sastera, Julai 2021)
“Insiden Kucing Parsi Hitam yang Membunuh Diri?” karya Abang Median Abang Said (Utusan Borneo, 26 Julai 2021)
“Dia dan Em” karya Jais Sahok (Dewan Bahasa, November 2021)
“Stingere” karya Rita Robert Rawantas (Dewan Sastera, Oktober 2021)
“Nikosa dan Tesla” karya Shield Sahran (Tunas Cipta, Februari 2022)
“Langa” karya Ruhaini Matdarin (Dewan Sastera, April 2021)
“Winchester Laras Dua” karya Zainol Idras (Dewan Sastera, Ogos 2021)
Kategori B: Cerpen Remaja Eceran –
“Lelaki yang Mengutip Serpihan Hatinya yang Berkecai” karya Siti Nadhirah Abdul Ghani (Tunas Cipta, Disember 2021)
“Jaguh Ayah” karya Roslan Daud (Tunas Cipta, Ogos 2021)
“Katak yang Terpenjara” karya Afif Zulhusni (Tunas Cipta, April 2021)
“Menenun Kasih” karya Clariessa Kesulai (Tunas Cipta, April 2021)
“Hujan Luruh di Fukushima” karya Hafizul Osman (Dewan Siswa, Mac 2022)
Kategori B: Drama Eceran –
“Bazin Bawah Pintu” karya Siti Jasmina Ibrahim (Dewan Sastera, Januari 2021)
“Gantungkan Dulu Jakinya Itu” karya Siti Jasmina Ibrahim (Dewan Sastera, Februari – Mac 2022)
“Orang Bulan” karya Yusof Bakar (Dewan Sastera, Julai – Ogos 2022)
“Sampai Hidup Harung Sengsara: Keterangan Terakhir Ka’ab bin Malik” karya U-Wei Haji Saari (Dewan Sastera, Disember 2021 – Januari 2022)
“Ghaib” karya Faisal Tehrani (Dewan Sastera, November 2022 – Mac 2023)
“Seloka sebagai Bentuk Puisi Sisipan dalam Cerita Jenaka Melayu: Analisis Tekstual dan Kontekstual” karya Mohd Fauzi Abdullah (Monogaraf Persuratan Melayu 2021, IPG Kampus Bahasa Melayu, 2021) [Ilmiah]
“Kecenderungan Neurotisme melalui Karakteristik Emosional dalam Personaliti Watak Karya Kreatif” karya Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin, (Malay Literature, DBP, Jun 2021) [Ilmiah]
“Kesangsian terhadap Agama: Memetakan Wacana-wacana Barat yang Melingkari ‘Kemodenan’ Abdullah Munsyi” karya Mohd Zariat Abdul Rani (Jurnal Kemanusiaan, Penerbit Univeristi Sains Malaysia, 2022) [Ilmiah]
“Kritikan Sastera Melayu Meniti di Titian Lesu” karya Mana Sikana (Dewan Sastera, Februari 2021) [SeparaIlmiah]
“Tradisi dan Pengalaman Kepengarangan Islam sebagai Teras Pemikiran dan Pengucapan Penulis Mutakhir” karya Sailfullizan Yahaya (Dewan Sastera, Januari – Februari 2021) [SeparaIlmiah]
“Strategi Naratif dalam Novel Sejarah: Menjalin Fakta dengan Fiksyen” karya Mohamed Nazreen Shahul Hamid (Dewan Sastera, Mei – Jun 2022) [SeparaIlmiah]
“Bimasakti Menari: Pertemuan Budaya Kreatif dengan Ilham dalam Penyeberangan Genre” karya Mawar Safei (Esei dan Kritikan dalam Novel Remaja, DBP, 2022) [SeparaIlmiah]
“Kerancuan dalam Gagasan Persuratan Baru: Suatu Penilaian Kritis” karya Ahmad Muziru Idham Adnan (Dewan Sastera, Oktober – Disember 2021) [SeparaIlmiah]
Kategori C: Buku Sastera Kanak-kanak –
Novel Kanak-kanak Johan Jani karya MK Riza (DBP, 2021)
Kumpulan Cerpen Kanak-kanak Tekad Beregu RZ karya Zurhan Bakar (DBP, 2022)
Buku Bergambar Kanak-kanak Tuty Si Anak Penyu karya Nor Azhar Ishak, (Integra Creative Media Sdn. Bhd., 2021)
Kategori D: Buku Sastera Remaja –
Novel Remaja Merom karya Jong Chian Lai, (Nusa Centre, 2022)
Kumpulan Puisi Remaja Bulan di Langit Malam karya Nawawee Mohammad (DBP, 2021)
Kumpulan Cerpen Remaja Telefon yang Menyembunyikan Kisah karya Abang Median Abang Said (Syfe Managment Sdn. Bhd., 2022)