11 Oktober 2024, 10:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malam gemilang buat Ratna Atiqah Zainal Amin apabila muncul sebagai juara Pertandingan Pantun Lakon 2024, semalam.

Beliau juga mengukir nama sebagai Pelakon Terbaik dalam pertandingan tersebut, malah tuahnya berterusan dalam pertandingan tersebut apabila memenangi Persembahan Terbaik Berkumpulan bersama-sama Nisa Madinah Nazri dan Nur Khairunnisa Odin.

Dengan kejayaan ini, beliau telah membawa pulang hadiah kemenangan hampir RM 6,000.00, iaitu RM 4,000.00 (juara Pantun Lakon), RM1,000.00 (Pelakon Terbaik) dan RM 500.00 (Persembahan Terbaik Kumpulan).

Naib juara pula milik Nurul Izzah Jaminan yang juga memenangi anugerah Pemantun Terbaik edisi 2024. Manakala tempat ketiga diberikan kepada Nisa Madinah Nazri. Mereka berdua membawa pulang hadiah sebanyak RM 3,000.00 dan RM 1,500.00.

Antara pemenang pertandingan Pantun Lakon 2024.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBrs. Dr Hazami Jahari hadir mengikuti dan merasmikan pertandingan tersebut.

Dalam ucapan perasmian, beliau berterima kasih kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terus menghulurkan tangan, sudi bekerjasama menjayakan pertandingan ini.

“Bukan mudah untuk berkongsi rasa dan cinta yang sama sementelah DBP dan BSN berbeza dari segi fungsi dan operasi”

“Berbekalkan rasa percaya dan ingin mencuba sesuatu yang baharu, pertandingan ini dapat diadakan.” Ujar Dr. Hazami Jahari dalam ucapannya.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi berharap melalui pertandingan yang diadakan ini, dapat mencungkil bakat yang ada dalam kalangan pemantun terutama dari golongan muda termasuklah golongan profesional untuk membudayakan pantun.

Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari berucapkan merasmikan pertandingan Pantun Lakon 2024 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Sebagai makluman, pantun merupakan khazanah warisan bangsa yang telah pun diiktiraf oleh Pertubuhan UNESCO sebagai Warisan Tidak Ketara.

Terdahulu, pertandingan Pantun Lakon 2024 merupakan anjuran BSN dengan kerjasama DBP.

Penganjuran yang memasuki edisi kedua ini masih mengekalkan identiti asal, iaitu menggabungkan elemen melafazkan pantun dan persembahan lakonan.

Malah pada edisi kali ini, terdapat kategori baharu yang diperkenalkan, yakni Persembahan terbaik berkumpulan.

Pertandingan peringkat saringan telah diadakan pada 22 Ogos hingga 15 September 2024 secara dalam talian di media sosial.

Sebanyak 41 penyertaan telah diterima dan akhirnya enam peserta akhir disenaraikan.

Turut hadir menyaksikan pertandingan Pantun Lakon, Ketua Pegawai Operasi BSN, Encik Zarir Mohd Rawi; Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed; Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puan Aizurra Melissa Mohamed Muzammil dan Puan Roziah Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.